Monday, December 12, 2011

PAS KAUM MUNAFIK !

PAS ‘Negara Kebajikan’ Masukkan Pas Dalam Bakul Sampah... PRU13




Kalau inilah namanya “Negara Berkebajikan” yang mampu PAS tawarkan – maka tolak sahaja PAS ke dalam bakul sampah.
Silap haribulan berdosa mengundi PAS. Mengapa berdosa?
Pertama, di dalam dokumen Negara Berkebajikan yang dilancarkan oleh PAS hari ini tiada perkataan atau pun matlamat untuk melaksanakan negara Islam dan undang-undang Islam di negara ini, maka adalah jelas bahawa PAS sudah mengikut sepenuhnya telunjuk para kafir harbi DAP sehingga tanpa sedar, mereka terjelus masuk ke lubang biawak.
Malang sungguh, Tahaluf Siyasi PAS dengan DAP dan PKR nampaknya banyak merugikan umat Islam. Ia sangat berbeza dengan cara Rasulullah dalam bertahaluf siyasi dengan orang kafir pada zamannya.
Perlu kita sedari, semua inisiatif yang ditawarkan oleh PAS di dalam dokumen Negara Berkebajikan mereka itu, hakikatnya sama sekali tidak pernah di”endorse” oleh mana-mana pemimpin Pakatan Pembangkang – ia hanyalah tawaran persendirian PAS yang belum tentu dapat dilaksanakan tanpa persetujuan para pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain!
Dan yang lebih pelik – mengapa mesti ada satu lagi dokumen bertulis berjudul Negara Berkebajikan, sekiranya sudah dipersetujui bahawa Buku Jingga sebagai dokumen rasmi perjuangan Pakatan Pembangkang.
Apakah Buku Jingga Pakatan Rakyat masih belum benar-benar “berkebajikan”? Sehingga terpaksa dilengkap dan disempurnahkan dengan buku Negara Berkebajikan PAS?
Meletakkan angan-angan di dalam bentuk bertulis hanyalah mencipta dogma politik yang bersifat retorik, dan mengheret para pengikut mereka untuk terus hidup kekal di dalam lingkaran dejavu yang tidak berpenghujung.
Hujah-hujah kebajikan yang ditawarkan oleh PAS sama sekali tidak relevan dengan fakta dan senario ekonomi dunia – sekurang-kurangnya transformasi Najib berpijak di bumi nyata.
Komitmen politik PAS sering dilaungkan dalam bentuk ceramah dan dokumen – bukan dalam bentuk amalan dan realiti semasa. Yang sepatutnya ditawarkan oleh dokumen kebajikan PAS adalah moraliti para pemimpinnya dan bukan menawarkan perubahan sistem!
Kerana apabila PAS sudah menggugurkan hasrat untuk menubuhkan negara Islam, maka PAS sebenarnya sudah bertoleransi dengan sistem yang sedia ada.
Maka, adalah wajar PAS menawarkan barisan kepimpinannya yang bermoral tinggi untuk menerajui kepimpinan negara.
Sehingga kini – moral para pemimpin PAS masih dibayangi dengan dosa-dosa besar iaitu mengumpat dan memfitnah saudara seIslam. Inilah masalah utama lagi besar yang dianggap sangat kecil di sisi PAS!
Jika masalah ini dapat diatasi oleh PAS terlebih dahulu, Malaysia akan lebih aman dan dakwah Islam akan lebih mudah diterima oleh orang UMNO mahu pun masyarakat kafir.
Tetapi PAS tidak pernah peduli soal ini – paradigma politik mereka tetap berkiblatkan kuasa dan fahaman ortodoks Nik Aziz yang terlalu percaya hanya melalui kuasa pemerintah sahajalah maka, segala hukum-hakam yang Allah tetapkan di dalam al-Quran mampu dilaksanakan dengan sempurna.
Sedangkan Nik Aziz terlupa – membentuk terlebih dahulu masyarakat Islam yang benar-benar menghayati perintah Allah dan Rasul-Nya adalah pra-syarat utama sebelum pembentukan negara Islam.
Tanpa masyarakat Islam yang benar-benar sempurna, negara Islam hanya sekadar nama. Sebab itulah Islam tidak boleh diletakkan di dalam peti undi. Cara memperjuangkan Islam bukan melalui demokrasi. Islam dibangunkan melalui dakwah bukan ceramah, melalui kemulian akhlak serta persaudaraan dan bukan makian. Wallahualam.
"PAS TUNGGANGI ISLAM UNTUK MEMBINA MALIGAI RAKUS"

No comments: