Yakin Janji Allah… Yang Hak Akan Mengalahkan Yang Batil
SALAM SEJAHTERA.
Jika dilihat pada BN, UMNO adalah tunjang kepada BN dan kerajaan kerana kerusi Parlimen UMNO lebih banyak.
UMNO meneruskan penguasaan Melayu/Islam kepada kerajaan dan dapat kukuhkan institusi Raja-raja Melayu.
Lihat pula sandiwara DAP, PKR dan Pas. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan nafsu serakahnya mahu jadi PM dalam realiti majoriti wakil rakyat adalah DAP. Sudah tentu DAP mahu orangnya jadi PM atau Presiden Republik Malaysia.
Tapi hasrat ini kesampingkan sebentar. Pas pula sampai bila-bila akan jadi budak suruhan DAP kalau hanya sekadar mahu bertanding 60 daripada 222 kerusi parlimen. Itu pun kalau bernasib baik menang 50 peratus!
Ideologi DAP, PKR dan Pas berbeza-beza tetapi mereka dapat berlakon dalam pentas yang sama memperkenalkan gelombang politik baru iaitu memperlekeh perjuangan orang dahulu sebagai ortodoks, konservatif, rasis dan sebagainya. Mereka mengamalkan anutan pluralisme, semua sama rata , sama rasa.
Lihat sahaja permainan DAP. Mereka tidak akan dapat sokongan Melayu jika mencalonkan calon Cina. Oleh itu DAP akan meletakkan calon Melayu sebagai calon DAP untuk meraih undi Melayu. Kalau ada istilah keldai dadah , Melayu DAP ini lebih tetap dikategorikan sebagai keldai politik.
Hasilnya calon Melayu itu akan menjadi kuda tunggangan DAP sebagaimana terjadi di Selangor Kerajaan Khalid Ibrahim PKR , tapi yang berkuasa dan segala keputusan mesti mendapat restu DAP.
Tengoklah betapa beraninya wakil rakyat DAP mencemari masjid, wakil rakyat kafir harbi laknatullah dibenarkan naik masjid hingga di sebelah mimbar masjid, arak bebas dijual di Shah Alam walaupun dulu ada larangan, dakyah agama Kristian diperhebatkan. Apa nak jadi ?
Sekarang siapa banyak kerusi parlimen pembangkang – sudah tentu DAP si kafir harbi.
Anwar jadi ketua pembangkang di parlimen walaupun DAP lebih banyak kerusi dari PKR sebab DAP tak kisah dengan jawatan tu. Dap ada muslihat jangka panjang.
Anwar jadi ketua pembangkang di parlimen walaupun DAP lebih banyak kerusi dari PKR sebab DAP tak kisah dengan jawatan tu. Dap ada muslihat jangka panjang.
DAP tidak mahu dilihat berebut-rebut kerana ini akan menampakkan mereka gelojoh dan boleh menjauhkan pengundi Melayu PAS/PKR kalau anwar di letak tepi. Bila DAP menang besar ( dijauhkan Allah) . DAP akan sapu semua. Rahsia Anwar semua dalam poket DAP.
Pakatan pembangkang dikepalai Anwar sekarang membawa gelombang demokrasi liberal, meruntun gaya hidup lebih sekular dan bebas.
Pakatan pembangkang dikepalai Anwar sekarang membawa gelombang demokrasi liberal, meruntun gaya hidup lebih sekular dan bebas.
Kepercayaan fundamental akan ditukar kepada New World Order. Agama, bangsa tanahair adalah satu perkara sampingan yang tidak lagi penting. Bahkan kekadang menjadi kesalahan untuk menyebutnya sama sekali.
Insyaallah, yakin dan percayalah, sampailah satu masa apabila janji Allah akan sampai bahawa yang Haq akan mengalahkan yang batil.
No comments:
Post a Comment