Sunday, December 04, 2011

Tujuh Resepi Perjuangan !

BERSEDIA BERJUANG !

Bersatu, Bersetia, Berkhidmat, Berkorban, Berusaha, reda dan Bertawakal.


Muhyiddin Yassin mengetuai pemimpin dan perwakilan melafazkan ikrar taat setia pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.


Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan tujuh ramuan penting bagi memastikan kemenangan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Katanya, jika pemimpin dan ahli UMNO bersungguh-sungguh mengamalkan ramuan-ramuan itu, beliau yakin parti tersebut akan mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya berkenaan.
''Insya-Allah UMNO akan menang besar, sekurang-kurangnya dengan majoriti dua pertiga. Target (sasaran) kita mesti tidak kurang majoriti dua pertiga,'' katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Bersatu, bersetia, berkhidmat, berkorban, berusaha, reda dan bertawakal.

Pertama iaitu bersatu, demi untuk kemenangan UMNO soal perpaduan adalah amat utama.
''Dalam konteks pilihan raya, kita jelmakan kesatuan kita ini dengan menerima sesiapa sahaja yang dipilih oleh Presiden parti untuk menjadi calon.
''Telah pun kita sebutkan dalam masa persidangan ini jangan ada tindakan-tindakan yang boleh membawa kesan ataupun bencana kepada parti kita. Jangan ambil tindakan-tindakan tikam belakang ataupun disebutkan mengambil tindakan cah keting, jangan peteh dan menimbulkan masalah-masalah baru dalam parti kita,'' 

Kedua bersetia, dalam soal itu, ahli UMNO tidak harus mengambil sesuatu langkah yang dianggap tidak setia atau berbuat sesuatu yang akan melanggar bukan sahaja peraturan tetapi tata susila dan apa lagi kalau boleh merosakkan parti.

Ketiga iaitu berkhidmat, ahli parti supaya memberikan tumpuan dan melipat usaha.

Keempat iaitu berkorban, berjihad untuk memenangkan parti, memastikan 'survival' bangsa dan agama adalah satu pengorbanan yang amat besar.
''Dalam kita melaksanakan jihad ini orang UMNO mesti berkorban jiwa dan raga untuk parti tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Bukan ada apa-apa niat selain daripada niat kita untuk memenangkan UMNO,'' 

Kelima iaitu berusaha, melalui langkah yang teratur, berstrategi dan terancang.
''Seperti juga dalam satu pasukan bola sepak, yang bagus jadi penyerang dia kena jadi penyerang, yang bagus jadi penjaga gol, dia mesti jadi penjaga gol.
''Jangan yang bagus jadi penjaga gol dia nak jadi penyerang atau sebaliknya dan yang paling penting jangan sumbat gol sendiri. Inilah paling pantang dalam perlawanan bola sepak dan begitu jugalah dalam pilihan raya. Jangan skor gol sendiri,'' 

Sebagai orang Islam, Muhyiddin menyeru ahli UMNO supaya mengamalkan ramuan keenam iaitu reda dengan percaya kepada qada dan qadar Allah.

Ahli UMNO mengamalkan sikap bertawakal iaitu ramuan ketujuh dalam memastikan kemenangan parti itu dalam pilihan raya.
''Mudah-mudahan Allah akan berkati segala usaha kita dan berkati perjuangan kita dan memberi kemenangan di dalam pilihan raya yang akan datang ini,'' 

 Amin ya rabalaalami.

No comments: