Melayu Mahu Sendiri Ingat ........ !!!!!
Cadangan Dap yang berkemungkinan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti adalah satu strategi pembangkang untuk menggagalkan usaha mencapai perpaduan di kalangan masyarakat berbangsa Melayu.
Penganalisis politik tempatan, Prof. Dr. Ahmad Atory menyatakan bahawa sudah menjadi impian Dap untuk mencapai kuasa dan tentunya strategi sedemikian dibuat berikutan iktibar daripada kemenangan pakatan pembangkang di Perak dalam PRU-12 lalu yang meletakkan wakil dari Pas sebagai menteri besarnya.
“Kali ini tentunya Dap mahukan wakil daripada partinya sendiri yang berkuasa lantaran Undang-undang Tubuh Negeri mensyaratkan bahawa menteri besar mestilah dilantik di kalangan orang Melayu apatah lagi, mereka mahukan sokongan daripada bangsa Melayu sendiri,” katanya.
Jelasnya, Dap sudah lama bercita-cita untuk memecahkan perpaduan di kalangan orang Melayu kerana mereka sedar perpaduan tersebut adalah kunci kekuatan yang selama ini gagal untuk ditembusi oleh mereka.
“Hari ini mereka telah putuskan untuk meletakkan calon Melayu di kalangan para pengundi yang majoritinya Melayu bagi memberikan saingan kepada calon Barisan Nasional (BN) sama ada Melayu atau bangsa lain, tetapi secara tidak langsung memberikan saingan kepada orang Melayu untuk membuat pilihan dan dalam masa yang sama pengundi Cina akan beralih kepada parti tersebut,” katanya.
Hari ini, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Negeri Selangor, Khalid Abdul Samad mendedahkan bahawa DAP mencadangkan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu dalam pilihan raya akan datang kerana mereka mahu pecahkan imej daripada parti satu kaum kepada parti semua kaum.
“Inilah taktik Dap yang mahu memainkan peranan sebagai parti dominan di kalangan pakatan pembangkang termasuklah mahukan anggotanya menjadi calon dalam kerusi-kerusi tertentu biarpun di kawasan yang pengundinya adalah majoriti Melayu.
“Sebelum ini Dap tidak pernah bertanding dalam jumlah yang banyak untuk pilihan raya umum tetapi pada perkiraan saya, untuk akan datang mereka akan meletakkan calon yang lebih ramai termasuklah calon-calon yang terdiri dari orang Melayu sendiri,” ujarnya.
Dalam PRU-12 lalu Dap memenangi 28 daripada 47 kerusi yang ditandingi selain menerajui kepimpinan Pulau Pinang apabila Setiausaha Agungnya diangkat menjadi Ketua Menteri.
“Usha Dap untuk memancing orang Melayu sebagai calon sebenarnya sudah lama dilakukan dan kita juga tidak hairan jika dalam PRU-13 nanti ada orang Melayu mewakili Dap menentang calon UMNO atau BN sendiri.
“Ini semua akan berlaku apatah lagi dalam pakatan pembangkang tidak ada suara-suara yang berani untuk menyanggah perancangan Dap khususnya dalam usaha parti tersebut melebarkan sayapnya,” katanya.
Selain itu, dalam perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Dewan Merdeka, hujung bulan lalu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin juga telah mengingatkan orang Melayu agar berwaspada, jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP yang disifatkan sebagai parti paling rasis.
Katanya, Dap menarik orang Melayu untuk menyertai parti itu dengan ditawarkan jawatan dalam parti dan dijanjikan menjadi calon pilihan raya selain jika menang, mereka berpeluang dilantik sebagai ahli Exco atau Menteri Besar di negeri-negeri tertentu sedangkan tujuan sebenar bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu tetapi DAP hanya mahukan siKitul Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP.
No comments:
Post a Comment