Wednesday, December 21, 2011

Pas Singkir Perjuangan Negara Islam !

Hassan Ali dedah .... Tanda Pas akan berkubur ?

DATUK Dr Hassan Ali ketika mengadakan sidang media di rumahnya, di sini, semalam.

EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali mendedahkan, pakatan PAS dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP antara punca perubahan prinsip perjuangan PAS yang tidak lagi menegakkan negara Islam hingga menyebabkan kemerosotan sokongan ahli.
Beliau berkata, penyokong mula mempersoal dan mahu menarik diri daripada menyokong PAS berikutan perubahan dasar daripada negara Islam kepada kerajaan perpaduan yang kemudian diganti negara berkebajikan.
“Saya minta PAS kembali ke perjuangan asal, ini bukan saya saja yang minta, orang lain pun minta... cuba kita buat undian, tetapi undian terbaik adalah Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti,” katanya.

Hassan menyifatkan pemimpin tertinggi DAP, terutama pengerusinya, Karpal Singh sebagai ‘stumbling block’ (penghalang) untuk PAS mempertahankan prinsip perjuangan.“Pengerusi DAP kata langkah mayat dia dulu, ini jelas menandakan pintu rundingan mengenainya tertutup dan terkunci buat selama-lamanya selagi dia hidup,” katanya.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak yakin parti itu mampu mengekalkan dasar perjuangan asal jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya disebabkan kegagalannya mempertahankan prinsip itu ketika ini.

Beliau mengadakan sidang media di rumahnya, di sini, semalam, sebagai reaksi kepada kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini selain menggesa pucuk pimpinan mengambil tindakan disiplin terhadap Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip yang didakwa menyemai bibit perpecahan di kalangan ahli dan penyokong parti.

No comments: