Saturday, December 17, 2011

UMNO UNTUK ISLAM WEh !! ssyabas Adik Abe.

Islam jadi slogan: 120 penyokong Pas di Bachok sertai UMNO .......    



UMNO: Guna Politik Untuk Islam, PAS: Guna Islam Untuk Politik
Seramai 120 penyokong Pas di Kampung Beoh di sini mengumumkan mereka secara beramai-ramai keluar parti itu dan berhasrat menubuhkan cawangan baru UMNO di kampung berkenaan, hari ini.
Borang penyertaan mereka diserahkan oleh ketua kumpulan berkenaan, Mohd Nor Jusoh, 54, kepada Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan disaksikan hampir 300 penduduk setempat.
"Dulu, saya menyokong Pas 100 peratus kerana terpengaruh dengan dasar Islamnya tapi dukacita kerana PAS hanya menjadikan Islam sebagai slogan semata-mata,” kata Mohd Nor kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.
Beliau berkata, penyertaannya dalam UMNO kerana inginkan perubahan memandangkan Pas ternyata gagal melakukannya walaupun diberi peluang memerintah Kelantan hampir 22 tahun.
Mohd Nor berkata, ramai lagi individu akan mengikuti jejak kumpulan itu. 

No comments: