Friday, December 09, 2011

AMBO ISLE, UNDI PAS MASUK SYURGA !

1 Masjid Lepas 20 Tahun ......... UNTUK NEGARA ISLE ?


Pengakuan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Abdul Fatah Harun bahawa kerajaan negeri hanya membina sebuah masjid daripada wang sendiri sejak mentadbir lebih 20 tahun lepas bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Islam versi Pas berbeza dengan Islam sebagai ad-din.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, pandangan Pas berkaitan Islam berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh UMNO kerana Pas melihat Islam sebagai parti sedangkan UMNO melaksanakan cara hidup Islam keseluruhannya termasuklah dalam pentadbiran dan pengurusan.
“Pada mereka Islam itu parti kerana itu mereka melaksanakan apa saja agenda Islam untuk kepentingan parti sedangkan pada kita, Islam adalah agama yang menjadi asas dalam perjuangan kita untuk ditegakkan,” katanya.
Versi Islam dalam parti Pas tidak meletakkan masjid sebagai keutamaan biarpun mereka menggunakan slogan ‘Membangun Bersama Islam’,katanya.
“Pada zaman Rasulullah SAW, baginda mendirikan masjid ketika mula-mula memasuki Kota Madinah sedangkan Pas, apabila mereka mula-mula mendapat kerajaan di Kelantan, Nik Aziz sebagai Mursyidul Amnya mendirikan Pusat Tarbiah Islam dan selepas 20 tahun mentadbir negeri ini maka barulah mereka berjaya mendirikan sebuah masjid.
“Kita tidak salahkan mereka kerana itulah pandangan Pas berkaitan Islam yang melihat agama sebagai politik sebagaimana jika menyebut kereta lembu, adakah itu lembu atau itu kereta tetapi ia dianggap kereta biarpun ada lembu. Maka di sini, jika kita lihat Parti Islam Semalaysia adakah ia Islam atau parti politik. Islam bagi Pas adalah parti lantaran itulah mereka sanggup berbuat apa saja untuk kepentingan parti itu sendiri.”
Tegas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Nabi Muhammad SAW menyebut bahawa mana-mana pihak yang menolak Islam itu kufur dan dalam hal ini Dap terang-terangan menolak Islam sehinggakan Pengerusinya, Karpal Singh sanggup mengeluarkan kata-kata langkah mayatnya dulu untuk mendirikan negara Islam.
“Tapi persolannya mengapa Pas sanggup bersahabat dengan Dap yang terang-terangan kufur dan menolak Islam? Ini kerana Muhammad SAW itu nabi dan Nik Aziz itu hanyalah seorang Mursyidul Am Pas.
“Sebab itu juga Nik Aziz pernah anjurkan sembahyang di tepi-tepi jalan kerana kononnya di Mekah pun orang ramai yang sembahyang ditepi jalan sedangkan di Mekah banyak masjid tetapi malangnya perbandingan yang dibuat adalah untuk kepentingan parti sahaja dan bukan untuk pembangunan Islam.”
Tambahnya lagi, slogan ‘Membangun Bersama Islam’ itu sesuai mengikut versi Pas sendiri kerana tidak dimanfaatkan apa yang mahu dibangunkan sehinggakan masjid tidak dianggap sebagai ikon kepada sebuah kerajaan Islam. 

No comments: