Monday, December 19, 2011

Mana Ada.... Tipu Saja.

Gesa kerajaan Selangor lunaskan RM260,000 .......... Tipu Lagi !!






Lebih 100 penghuni pangsapuri Taman Permai Indah, Pandamaran di sini mengadakan demonstrasi bagi mendesak kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri memulangkan semula wang subsidi program pemberian air percuma berjumlah RM260,000 yang tertunggak sejak 2008.
Penduduk yang rata-ratanya kecewa dengan 'omong kosong' kerajaan PKR Selangor dilihat berkumpul diluar pekarangan blok sambil memegang sepanduk tertera perkataan 'Kerajaan Selangor Penipu No 1', 'Mana Peruntukkan Lif' dan 'Mana Jalan Utama' selama setengah jam bermula pukul 12.30 tengah hari.
Mereka mendakwa program yang dilaksanakan itu sebagai taktik untuk memancing undi pada pilihan raya akan datang kerana mereka hanya menikmati bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kira-kira tiga bulan lalu.
Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia, Adam Prakash berkata, apa yang dikesalkan penghuni di situ, mereka terpaksa membayar bil air mengikut kadar meter pukal sedangkan penghuni di pangsapuri lain dapat menikmati pengurangan bil sebanyak RM11.40 bagi 20 meter padu.
Pada masa sama, beliau yang mewakili penduduk menjelaskan, kerajaan negeri perlu membayar semula wang pemberian air percuma sebanyak RM500 kepada setiap penghuni di 526 unit rumah di pangsapuri itu yang kesemuanya berjumlah RM260,000.
''Selain tuntutan tersebut, kira-kira 3,000 penduduk di situ juga mengadu mengenai kemudahan lif di empat blok pangsapuri setinggi 11 tingkat sering mengalami kerosakan dan jalan masuk ke kediaman berkenaan yang berlopak-lopak.
''Masalah itu diadukan kepada wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ronnie Liu Tian Khiew, namun tiada sebarang penyelesaian sehingga hari ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Teh Kim Poo (berdiri, tiga dari kiri) dan Adam Prakash (berdiri, dua dari kanan) bersama lebih 100 penghuni mengadakan demonstrasi secara aman di pangsapuri Taman Permai Indah, Pandamaran, semalam.

No comments: