Anwar Semakin Kuat Menghasut Kaum Pelajar ..........
Pendedahan yang dibuat oleh blog-blog pro-kerajaan berhubung pertemuan yang diadakan oleh Anwar Ibrahim melibatkan wakil-wakil kaum pelajar pengajian tinggi di rumahnya sendiri, semakin mengesahkan usaha terdesak yang sedang dirancang oleh Anwar Ibrahim. Ketua Umum PKR yang kelihatan sangat terdesak untuk melarikan diri selain cuba mendapatkan sokongan sebanyak mungkin, kini terpaksa mengalihkan perhatian kepada kaum pelajar yang dilihat lebih radikal dan lebih out-spoken berbanding golongan yang telah mengenali Anwar Ibrahim semenjak kes liwat pertama dahulu.
Sejarah Anwar Ibrahim telah membuktikan, dia sendiri merupakan seorang pelajar universiti yang keciciran kerana terlalu banyak berpolitik dan tidak menghiraukan pelajaran. Penentangan pelajar-pelajar universiti pada awal dan pertengahan 1970-an yang banyak dipengaruhi oleh Komunisme, Sosialisme dan Kapitalisme selain Islamisme yang diwujudkan sebagai jalan mendapatkan lebih banyak sokongan,
Kuasa pelajar di negara ini masih pada tahap minima. Tetapi indikasi yang ditunjukkan, terutama dengan pembabitan ahli Kabinet sendiri untuk mewujudkan apa yang dikenali sebagai The New Politic, menghalakan pelajar ke arah sesuatu yang sebenarnya lebih memberikan keuntungan kepada kaum politik, bukannya untuk generasi masa hadapan.
Seringkali ungkapan Kebangkitan Pelajar digunakan untuk menghalalkan tindakan golongan pelajar ekstremis yang menjadikan status mereka sebagai pelajar untuk melakukan kekacauan. Ini berlaku di seluruh dunia, terutama sekali di Amerika Tengah.
Anwar melihat kekacauan yang ditimbulkan oleh golongan pelajar di Amerika Selatan sehingga menggugat kestabilan kerajaan dan negara, sekaligus mewujudkan darurat, menjadi medan terbaiknya untuk melarikan diri daripada menerima akibat setelah dia tidak mampu menahan hawa nafsunya yang terlalu membara.
Hasutan demi hasutan dibuat terhadap golongan pelajar tersebut. Sesuatu yang membezakan antara pelajar-pelajar di Amerika Selatan dengan pelajar-pelajar di Malaysia ialah, kebangkitan pelajar-pelajar di Amerika Selatan mempunyai asas-asas yang kukuh terutama sekali yang membabitkan kesukaran mereka untuk melanjutkan pelajaran, khususnya kerana prasarana pendidikan yang tidak dibangunkan oleh kerajaan.
Sedangkan pelajar-pelajar Malaysia yang cuba bangkit merusuh pula, langsung tidak mempunyai asas untuk berbuat begitu. Kebanyakan daripada pelajar-pelajar yang terbabit adalah pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera. Kemasukan mereka ke pusat-pusat pengajian tinggi, adalah berdasarkan kepada status Melayu-Bumiputera semata-mata, bukan kerana merit walaupun mereka teringin hendak mengaku merit adalah sebabnya.
Pertemuan SMM dengan Anwar Ibrahim yang diadakan di rumahnya di Bukit Segambut, sudah cukup untuk membuktikan bagaimana terdesaknya Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan punggungnya. Anwar memerlukan pembabitan kaum pelajar dalam kesnya, sekurang-kurangnya untuk menimbulkan huru-hara dan persepsi.
Berbanding dengan kerajaan atau UMNO mahupun parti-parti komponen BN yang lain, Pakatan memberikan perhatian dan galakan khusus kepada kaum pelajar untuk mempamerkan tentangan terhadap kerajaan. Tujuan sebenar kaum pelajar dihantar ke pusat-pusat pengajian tinggi, tidak pernah dititikberatkan oleh Pakatan. Pakatan lebih berminat dengan kaum pelajar yang mampu terbabit dalam politik sepenuhnya berbanding pelajaran.
Seperti juga Anwar Ibrahim yang tidak berminat dengan pelajaran dan tidak pernah menghabiskan pelajarannya, tetapi mahu digambarkan sebagai seorang yang bijak, acuan tersebut turut dikenakan ke atas kaum pelajar yang condong kepada Pakatan Rakyat.
Dek kerana itulah, Anwar semakin kuat menghasut kaum pelajar agar lebih ramai pelajar universiti yang mampu menggantikan tempatnya iaitu pencetus dan penghasut kepada kekacauan, huru-hara serta ketidakstabilan negara!!!
No comments:
Post a Comment