Tuesday, August 23, 2011

SAMAN FITHAH ! SYABAS !

BUAT PENGAJARAN KEPADA PEMBOHONG ... LAKNATUL -LLAH....
SEMUANYA SALAH UMNO ?


Tindakan UMNO Selangor menyaman Pas kerana menuduh UMNO sebagai dalang berhubung isu penyiasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini amat dialu-alukan.
Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menyifatkan tindakan itu perlu kerana selama ini Pas sering menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) terhadap apa sahaja yang berlaku membabitkan parti itu walaupun perkara itu tidak pernah dilakukan di kalangan masyarakat.
“Tuduhan mengatakan UMNO terbabit atau menjadi dalang bukanlah perkara yang baru, sebelum ini pelbagai tuduhan dilemparkan oleh mereka kepada UMNO sama ada Pas, PKR atau Dap walaupun perkara itu tidak dilakukan oleh UMNO.
“Pas dah tak ada cara lain, mereka tuduh UMNO untuk menyembunyikan kesilapan atau kegagalan mereka sebagai pentadbir dalam pentadbiran kerajaan negeri,  mereka hendak jadikan UMNO sebagai kambing hitam mereka,” katanya kepada UMNO Online.
Ismail berkata, tindakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapha Ali menuduh UMNO adalah untuk menutup kesilapan yang dilakukan oleh Exconya dalam kerajaan negeri Selangor. Ini disebabkan tindakan itu bukan sahaja mendapat perhatian di kalangan rakyat malah turut mendapat tentangan daripada rakan mereka dalam pakatan pembangkang.
“Pas merasa tertekan, kerana tindakan Exconya, Datuk Hasan Ali yang telah melakukan serbuan tanpa pengetahuan Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim), malah Pas Selangor juga tidak menyokong tindakan yang dilakukann oleh oleh Dr Hasan Itu.
“Sehingga sekarang tiada apa pun keputusan atau laporan yang dikeluarkan berhubung isu berkenaan, dulu Menteri Besar kata mereka akan dedahkan keputusan hasil siasatan yang dijalankan kerana membabitkan kepentingan orang ramai.
“Kini mereka terdesak, mereka merasa tertekan dengan apa yang berlaku kerana telah merencatkan hubungan baik Pas dengan rakan sekutu mereka dalam pembangkang seprti DAP dan PKR,” katanya.
Menurutnya, jika perkara itu membabitkan UMNO, pembangkang melalui media yang menyokongnya akan membesar-besarkan cerita berkenaan termasuk mendesak kerajaan melakukan siasatan segera termasuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja. -MediaUMNO

No comments: