Friday, August 19, 2011

DEMI KUASA PAS MENDERHAKA ... SYAITAN !!!!

PAS BUKAN HAK ISLAM LAGI.... tapi hak DAPig.


Kontroversi JAIS-GMDU menutup mulut Dr Rani Othman, Pesuruhjaya PAS Selangor untuk tempoh yang lama sebelum akhirnya dia bersuara. Katanya, PAS Selangor tidak akan berkompromi dengan golongan yang ingin memurtadkan umat Islam. PAS Selangor tidak mempertikaikan tindakan yang dilakukan oleh JAIS sebaliknya mahukan penjelasan.

[Komen macam lallang. Orang Islam dimurtadkan tapi cuma nak penjelasan. Dapat penjelasan nak buat apa? Ada ke lagi genetalia dalam diri PAS itu?...]

Itu kata Dr.Rani... tetapi pemimpin-pemimpin PAS yang lain, tidak senada dengannya. Pemimpin-pemimpin PAS yang lain mempertikaikan tindakan JAIS.

Pemimpin-pemimpin PAS yang lain termasuklah Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man mempertikaikan bagaimana dokumen-dokumen sulit JAIS boleh terlepas ke tangan blogger-blogger pro-UMNO.

Khalid Samad pada peringkat awal, mengecam JAIS
kerana 'melanggar' Gereja Methodist Damansara Utama....

Tuan Ibrahim Tuan Man pada masa yang sama juga berkata, JAIS terletak di bawah bidang kuasa Exco walaupun sebenarnya JAIS berada di dalam MAIS dan MAIS berada di bawah DYMM Sultan Selangor serta terpisah daripada kerajaan negeri. [Itu Pak Lebai tak faham hukum pentadbiran tapi Rani pun sama derhaka]

.... Dr.Rani juga seperti Tuan Ibrahim Tuan Man yang seharusnya sedar, bahawa terpulang kepada budi bicara Tuanku sama ada untuk membenarkan JAIS 'menghadap' PAS bagi menerangkan tindakan mereka.

Sebaliknya dalam hal ini, PAS yang perlu menghadap JAIS bagi mendapatkan penjelasan. Dan kalau JAIS enggan bertemu buat kali pertama, usahakan buat kali kedua.... yang penting, DAP tak marah!

Tetapi apabila Dr.Rani berkata, isu berkenaan tidak seharusnya melibatkan Sultan Selangor, Pesuruhjaya PAS Selangor itu sebenarnya telah cuba melangkaui sempadan...


Apabila membabitkan JAIS, secara tidak langsung ia membabitkan Sultan Selangor. Perkenan baginda diperlukan untuk JAIS memberikan penjelasan atau membentangkan laporan kepada pentadbiran negeri, bukannya boleh main suka-suka langgar seperti yang diinginkan oleh Dr. Rani....

Bagaimana tidak melibatkan baginda sultan kalau JAIS dan MAIS adalah entiti di bawah baginda?

Flying Kick

No comments: