Saturday, August 20, 2011

BERKOKOK BERDERAI-DERAI..... ! ! !

Pembangkang Sengaja Cari Helah.


Pakatan Rosak( PR) hari ini dibidas kerana memberi gambaran bahawa Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen yang ditubuhkan untuk memperkukuhkan sistem pilihan raya negara adalah tidak adil dan hanya helah politik Barisan Nasional (BN).
 BN adalah majoriti di dalam dewan dan seharusnya ia diwakili mengikut jumlah berkenaan. Oleh itu kita (BN) mesti mendahului dari segi jumlah dalam hal ini. Soal adil tak adil tidak timbul sama sekali.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas reaksi pembangkang bahawa komposisi jawatankuasa itu yang terdiri lima wakil dari parti kerajaan, tiga dari pembangkang dan seorang bebas tidak adil dan mereka mahukan jumlah yang seimbang.
Abdul Rahman berkata pengerusi jawatankuasa itu tidak semestinya wakil pembangkang.
“Mesti ingat bahawa segala percakapan malah batuk sekalipun, proses di dalam jawatankuasa ini akan direkodkan di dalam penyata rasmi. Jadi soal pengerusi tidak memberi ruang untuk mereka tidak bercakap juga tak ada.
“Apatah lagi dalam jawatankuasa pilihan khas yang mana isunya hebat diperkatakan oleh semua pihak. Apa yang berlaku di dalam jawatankuasa itu akan diperhatikan secara halus dan teliti oleh semua termasuk pihak antarabangsa,” kata Abdul Rahman yang juga anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
Beliau berkata bahawa selepas mesyuarat, jawatankuasa akan mengeluarkan laporan yang perlu dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibahas.
“Jadi semua pihak boleh bercakap, ada peluang lagi untuk berbahas. Anggota Parlimen yang menganggotai jawatankuasa juga mempunyai imuniti, kuasa dan dilindungi mengikut undang-undang,” katanya.
Beliau membidas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali yang berkata pembangkang tidak mahu menyertai jawatankuasa berkenaan sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memenuhi harapan mereka.
“Ini menghina satu institusi di mana beliau sepatutnya mengangkat martabat Parlimen ini,” katanya.

No comments: