Slogan `Selangor Ku’ oleh kerajaan Selangor adalah bersifat sementara kerana kerajaan Pakatan KRa mahu panas 'Gulai Sejuk'. Mereka merasai pengaruh mereka mulai sejuk, kerana janji tinggal janji tiada dilunaskan.Oleh kerana itu, tidak hairanlah rakyat di negeri Selangor ini tidak mengendahkan langsung slogan baru itu yang hakikatnya tidak membawa apa-apa makna. Sekadar untuk mengaburi rakyat Selangor bagi menutup kegagalan pentabiran mereka sejak mengambil alih daripada Barisan Nasional.
“Sejak mereka (pakatan pembangkan) perintah Selangor apa yang sudah dilakukan oleh mereka, mana janji-janji yang mereka buat ketika pilihan raya dahulu, sehingga kini masih banyak yang tidak tertunai lagi.“Kini mereka lancar slogan baru, itu semua hanyalah sandiwara, sebelum ini pun mereka pernah lancarkan slogan ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ tetapi tiada apa perubahan atau peningkatan ekonomi untuk Selangor,” .
Mengapa sekarang mereka baru bercakap untuk mendekati rakyat, apakah selama ini yang mereka lakukan untuk rakyat Selangor dan mengapa ketika pilihan raya umum makin hampir baru bercakap mengenai rakyat.
“Barisan Nasional dan UMNO sudah lama menjalankan pelbagai program untuk mendekati rakyat. “Cukuplah apa yang telah dilakukan oleh mereka selama ini, tidaklah perlu mereka menipu rakyat dengan slogan atau janji-janji manis yang tidak tertunain sehingga sekarang, apakah kita boleh hidup hanya dengan slogan atau janji-janji sahaja,” .
Sejak Selangor diperintah pakatan pembangkang, pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat Selangor, Islam bukan lagi kehadapan dan sebaliknya Hotel-hotel bajed dan rumah urut bagaikan cendawan tumbuh. Pembangunan yang berlaku di Selangor adalah hasil usaha yang dilakukan oleh Barisan Nasional dan pakatan pembangkang tidak boleh berbangga dengan itu semua.
No comments:
Post a Comment