Monday, August 15, 2011

PAS TAK LAYAK JUMPA JAIS .. SULTAN SELANGOR

PAS HANYA BADAN POLITIK....


Hasrat mahu menjadi hero pakatan rakyat hancur berkecai apabila pertemuan PAS dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dijadualkan hari ini  berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya terpaksa dibatalkan atas arahan Sultan Selangor.

Baginda bertitah kepada JAIS agar tidak bertemu dengan mana-mana pihak lebih-lebih lagi parti politik kerana mereka bukan hendak meredakan keadaan malah mengerohkan lagi keadaan dan dikhuatiri maklumat siasatan daripada terlepas.

PAS yang diketuai oleh Mat Sabu sepatutnya bertemu dengan pihak JAIS petang ini bagi mendengar taklimat mengenai pemeriksaan terhadap kes murtad yang menjadi kecaman oleh beberapa pemimpin PAS


Dan atas arahan  Tuanku Sultan,  JAIS tidak akan bertemu dengan mana-mana parti politik walau apa alasan sekalipun.

No comments: