Saturday, August 06, 2011

PAS KAFIR & MURTAD siri 3

Nik Aziz & Ajaran PAS..... Bukan Ajaran Islam.

Apa Kesucian Dalam Niat Sembahyang Ini
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat sebagai pendakwah yang hanya berjaya menyebarkan “ajaran Pas” dan bukannya ajaran Islam yang sebenar sepertimana yang terkandung di dalam al-quran.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Alwi Che Mat berkata perkara itu terbukti hari ini apabila Nik Aziz masih terbelenggu dengan sikap serta tindak tanduk yang tidak menggambarkan sebagai pendakwah Islam yang sebenar.
Menurut beliau semua umat Islam adalah pendakwah dan bukannya hakim yang boleh mengeluarkan sebarang “fatwa” yang tersendiri sepertimana yang dilakukan oleh Nik Aziz terhadap UMNO dan sebagainya.
“Atas dasar itu, kita melihat Nik Aziz ini hanya seorang pendakwah yang berjaya menyebarkan “ajaran Pas”. Bukankah Nik Aziz mengajar bahawa undi selain undi Pas adalah jahililiah dan bukankah Nik Aziz juga menyebut undi Pas masuk syurga sebelum ini.
“Begitu juga “kejayaan” Nik Aziz di dalam rakan pakatan mereka yang mana hanya berjaya membawa anggota Dap untuk memeluk rakan sekutu dalam Pas tetapi gagal untuk mentarbiah mereka bagi memeluk agama Islam.Apakah ini pendakwah sebenar.
“Saya harap Nik Aziz sedar dan insaf. Kerja kita adalah pendakwah dan bukannya hakim. Kalau kita sudah jatuhkan “hukuman”  terhadap seseorang, itu bukan lagi kerja sebagai pendakwah tetapi adalah sebaliknya,”   Ketika diminta mengulas tindakan Nik Aziz yang  memberikan tazkirah di masjid Rumpun Makmur, Kerdau tanpa kebenaran sejurus selesai solat Jumaat semalam, beliau berkata Mursyidul Am Pas itu perlu menghormati qariah berkenaan walaupun beliau sebagai MB Kelantan.
Malah kata beliau lagi, sungguh pun Nik Aziz diangkat sebagai tok guru dikalangan penyokong Pas, Mursyidul Am Pas itu perlu hormat kepada “law and order”.
“Undang-undang dunia Nik Aziz perlu patuh dan jangan langgar sesuka hati. Sebagai contoh, jalan yang ditulis “no entry” maknanya kita tidak boleh masuk. Kalau masuk juga akan kelam kabut dan sebagainya.
“Lagi satu kita cuba tengok dan belajar bagaimana Rasulullah s.a.w juga menghormati orang yahudi dengan cara adab dan sopan. Takkan Nik Aziz tidak boleh ikut. Nik Aziz kena ingat ini negeri Pahang dan bukannya di Kelantan. Kalau di Kelantan tidak kisahlah kalau beliau mahu berbuat sesuka hati. Belajar hormatlah…,’ katanya

No comments: