Perjuangan Pas “Berkiblatkan” DAP, PKR Bakal Bawa Kehancuran
Pas sepatutnya sedar dan tahu bahawa perjuangan mereka yang kini “berkiblatkan” DAP dan PKR bakal memusnahkan parti berkenaan dan laungan perjuangan Islam parti itu juga hanya sekadar laungan kosong semata-mata.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris ketika melontarkan perkara itu berkata amat jelas hari ini Pas yang sekadar membuta tuli mengikut telunjuk PKR dan DAP akan terus hanyut dibuai mimpi indah menuju Putrajaya.
Perjuangan mereka yang bertopengkan Islam dan bernaung di bawah gabungan “Ahzab” tidak memberi apa-apa faedah.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan kepimpinan jawatankuasa tertinggi parti itu dilihat lebih mempercayai pihak lain termasuk golongan “kuffar” berbanding penjelasan daripada Exco yang menjaga hal ehwal agama Islam Selangor , Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali ekoran pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama baru-baru ini.
“Apakah mereka sedar dan tahu semua itu…saya harap mereka meneliti perkara ini dan mencari jalan keluar yang terbaik demi kepentingan parti berkenaan. Saya tidak sampai hati melihat mereka terus menerus menjadi kuda tunggangan kepada sekutu mereka.
“Mungkin hari ini, puak-puak yang ingin melihat Hasan Ali tersungkur tengah buat perancangan untuk buat “kenduri” kerana jika hasil pertemuan antara kepimpinan Pas serta pihak gereja serta JAIS tidak memihak kepada Exco agama tersebut, maka Hasan Ali boleh kemaskan barang-barang di pejabatnya.
Sudah tiba masanya kepimpinan Pas melakukan muhasabah selain solat hajat untuk memohon petunjuk di dalam perjuangan mereka agar tidak terus menjadi mangsa kepada kerakusan sekutunya untuk menumbangkan BN.
Kemungkinan ada segelintir kepimpinan Pas yang sudah mula sangsi dan khuatir terhadap perkara berkenaan, namun mengambil sikap berdiam diri untuk mengenengahkan hal yang sebenar.
“Lagi pun kita selalu dengar Pas selalu mengadakan solat hajat dan dalam situasi ini, apa salahnya mereka turut mengambil pendekatan yang sama bagi melihat kebenaran dan menolak kebatilan untuk kepentingan bersama.
Apa yang Pas lakukan hari ini sebenarnya adalah arahan “syaitan” dan bukannya berpandukan kepada al-quran.
“Ini kerana tidak ada satu ayat pun di dalam al-Quran dan tidak wujud satu hadis pun yang membenarkan umat Islam memusuhi semasa sendiri.
PAS membela pehak GEREJA dari ahlinya sendiri (ahli exco negeri mewakili PAS sendiri) . SELAMAT MENERIMA KEHANCURAN !.
No comments:
Post a Comment