Bil elektrik rumahnya meningkat hampir 1 kali ganda sebulan, berbanding kiraan terdahulu antara RM70 hingga RM80 sahaja.
Menurut aduan terhadap permasalahan itu sudah dibuat untuk diambil tindakan, namun sehingga kini maklum balas masih belum diterima dari TNB.
Aduan banyak kali kepada pihak berkenaan namun setiap bulan, masih tetap dikenakan caj lebih setiap bulan sejak meter baru digital dipasang.  
Beberapa perkara pernah merujuk kepada pihak pengurusan kediaman untuk membuat kiraan kadar penggunaan pada meter baru, selain membuat aduan dan meminta penjelasan daripada pihak berkenaan, tetapi menemui jalan buntu.
Dengan ini kita menyeru kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar dapat menyelesaikan masalah dihadapi oleh penduduk.