Pendedahan Surat – Surat Anwar Kepada Yahudi : Carl Gershmen – Presiden NED
AIDCNews – Dalam pendedahan surat-surat Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yahudi, berikut disertakan bukti surat kedua, ditulis kepada NED (National Endowment for Democracy), sebuah yayasan dana demokrasi, topeng CIA yang didalangi neocondi Amerika Syarikat (AS).
Surat bertarikh 18 Jun 2007 dan 29 Julai 2007 menggunakan kepala surat AIA yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim ditujukan kepada Carl Gershman, Presiden NED yang beralamat di 1025 F Street NW, Suite 800, Washington DC 20004.
AIA adalah singkatan kepada ‘Anwar Ibrahim & Associate’, sebuah syarikat milik Ketua Umum PKR itu yang berpengkalan di AS, beralamat 585 Grove Street, Suite 135, Herndon, Virginia, 20170.
Menurut rekod, syarikat itu ditubuhkan pada April 2005 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Corporation Virginia, AS.
Dalam surat bertarikh 18 Jun 2007, Anwar mengucapkan terima kasih kepada Carl Gershman yang menjemputnya berucap di the Westminster Address at the Library of Congress (sila klik link ini untuk melihat bukti foto Anwar) bersempena dengan sambutan 25 tahun pentadbiran Ronald Reagan.
Anwar juga turut memohon kepada Gershman agar dapat membantu pilihanraya umum ke-12 di Malaysia dan beliau telah menyediakan proposal Malaysian Center for Electoral Integrity’s (MCIE).
Dalam majlis anjuran NED yang dihadiri Anwar itu, yayasan topeng CIA itu turut menderma dokumen-dokumen kepada Perpustakaan Kongres AS berkaitan dengan sejarah penubuhannya hingga ke peringkat operasi di seluruh dunia.
NED diasas oleh Ronald Reagan pada tahun 1983, kata William Blum dalam tulisan bertajuk “NED and Project Democracy”
Penulis memetik kata-kata penggubal undang-undang NED, Allen Weinstein yang berkata, “Banyak yang telah kita lakukan pada hari ini secara rahsianya telah dilakukan 25 tahun dahulu oleh CIA”.
Wartawan Barat itu mendedahkan, NED telah campur tangan di dalam hubungan di negara- negara luar dengan memberikan dana, kemahiran teknikal, latihan, bahan-bahan pelajaran, komputer, mesin faks, mesin fotokopi, dan kereta kepada kumpulan politik yang terpilih, organisasi masyarakat, kesatuan, puak penentang, kumpulan pelajar, penerbit dan akhbar, dan sebagainya.
Program NED secara umumnya menyampaikan falsafah bahawa rakyat lebih baik dilayan di bawah perniagaan bebas, kerjasama antara kelas, penawaran secara kolektif, campur tangan kerajaan yang minima dalam ekonomi dan berlawanan dengan sosialisme. Ekonomi pasaran bebas disamakan dengan demokrasi, perubahan dan pembangunan dan dasar keterbukaan kepada pelaburan luar.
Sebelum ini CIA/NED telah melakukan perubahan kerajaan di Panama, Nicaragua, Haiti dan kini diteruskan lagi di Timur Tengah dan Thailand.
Hernando Calvo Ospina menghuraikan secara terperinci kaitan CIA dan NED dalam artikelnya, bertajuk “The CIA’s Successors And Collaborators“.
Video di sebelah adalah ucapan Anwar dalam program seperti yang ditulis dalam surat tersebut.
Dalam ucapannya Anwar memuji usaha Reagan menubuhkan NED dan berbangga kerana dijemput Carl Gershman untuk beliau terlibat dengan badan topeng CIA itu.
Surat kedua kepada Carl Gershman bertarikh pada 29 Julai 2007 sebagai susulan surat pertama berkaitan permohonannya meminta agar NED campur tangan dalam pilihanraya umum di Malaysia.
Katanya, bantuan NED amat penting untuk mewujudkan demokrasi dan kebebasan di Malaysia sepertimana peranan yang telah NED lakukan di seluruh dunia.
Menurut Thierry Meyssan dalam artikel bertajuk “NED: National Endowment for Democracy-The networks of “democratic” interference“, menyebut Carl Geshman adalah berbangsa Yahudi, merupakan bekas pengikut fahaman Trotskyite.
“Carl Gershman adalah merupakan ahli neo-konservatif”, katanya.
Fahaman Trotskyite merujuk kepada fahaman Leon Trotsky seorang ahli teori Komunis dan pemimpin Revolusi Rusia 1917 yang diusir dari Kesatuan Soviet selepas tewas perebutan kuasa dengan Stalin. Pada tahun 1940, Trotsky telah mati dibunuh.
Menurut laman jewwatch.com, nama penuh Trotsky ialah Lev Davidovich Bronstein adalah berketurunan Yahudi yang menggerakkan Revolusi di Rusia.
Penganut fahaman Trotskyite ini kebanyakannya berada dalam rangkaian neo-konservatif AS yang bergabung dengan CIA untuk menentang fahaman Stalinisme. Aliran “idealis sayap kiri” ini, telah menyertai Parti Republikan dan pada masa ini mempunyai pengaruh intelektual terhadap White House dan Pentagon.
Carl Gershman yang menjadi Presiden NED dari tahun 1984 hingga sekarang menggerakkan operasinya melalui empat cabang, iaitu NDI (National Democratic Institute for International Affairs), IRI (International Republican Institute), CIPE (Center for International Private Enterprise) dan ACILS (American Center for International Labor Solidarity).
Dalam masa sama NED turut menaja Freedom House.
“Kedua-dua instrumen (IRI dan NDI) telah mendapat tajaan besar daripada NED….sebaliknya NED pula menerima wang daripada pembayar cukai rakyat Amerika.
“Apa yang telah NED lakukan di luar negara, melalui organisasi penerima NDI, IRI sudah tentu sesuatu yang tidak sah di AS, kata Ron Paul, Ahli Republikan menulis dalam artikelnya, “National Endowment for Democracy: Paying to Make Enemies of America“.