Friday, March 02, 2012

Bila Lagi ? Nak Tukar !



PM janji selesai masalah rakyat jika BN perintah Kelantan


Di bawah kerajaan Barisan Nasional, InsyaAllah jika diberi mandat nanti, kita jamin masalah air selesai, kita akan jamin masalah ladang rakyat selesai, kita akan jamin kemudahan asas selesai, kita jamin perumahan rakyat akan kita laksanakan. - Datuk Seri Najib Razak

JELI: Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Kelantan memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negeri ini pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 bagi membolehkan BN menyelesaikan masalah dihadapi rakyat selama di bawah pemerintahan PAS."Di bawah kerajaan Barisan Nasional, InsyaAllah jika diberi mandat nanti, kita jamin masalah air selesai, kita akan jamin masalah ladang rakyat selesai, kita akan jamin kemudahan asas selesai, kita jamin perumahan rakyat akan kita laksanakan," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 1Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli di sini hari ini.
Ucapan Perdana Menteri itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh kira -kira 20,000 orang yang hadir pada majlis itu

Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini turut melaungkan "Gelombang Merah" dalam mengajak rakyat Kelantan membuat perubahan dengan memberi mandat kepada BN untuk kembali memerintah negeri ini.

Najib berkata kerajaan BN akan mengubah landskap negeri ini dengan pelbagai pembangunan yang menjadikan Kelantan membangun dan maju.
"Insya-Allah landskap Kelantan akan berubah tetapi tetap berpaksikan kepada Islam, ilmu akhlaknya tetap kita pertahankan," katanya. 
Beliau berkata PAS terbukti tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat walaupun sudah lebih 20 tahun memerintah negeri ini, sejak 1990.

Katanya PAS tidak mempunyai agenda untuk membangunkan rakyat dan negeri ini, sebaliknya apa yang diutamakan pemimpin itu ialah hanya kemenangan pilihan raya.

"Kelantan...kita nak maju, orang Kelantan ramai cerdik pandai, inilah tempat kita nak majukan umat Islam," katanya, 

Mustapa adalah anggota Parlimen Jeli dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan.

"Oleh itu, adik kakak sekelian, ambo (saya) nak pesan, kalau sayangkan ambo, kena sokong Datuk Pa ini, Datuk Pa orangnya jurus dan rajin, Datuk Pa, siang malam kerja," katanya sambil menyatakan bahawa Mustapa gigih membawa pelaburan ke Malaysia di mana tahun lepas sebanyak RM105 bilion.

Perdana Menteri juga berkata penubuhan Universiti Malaysia Kelantan, yang mendapat sokongan kuat daripada beliau, menunjukkan kerajaan BN mengutamakan ilmu untuk rakyat.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada penduduk di Parlimen Jeli.