BN tak faham konsep kebajikan ............ ????
Dalam Dewan Rakyat Kota Bharu
 
“Pemimpin BN per­lekeh­kan kita dengan mengatakan dulu negara Islam dan seka­rang jadi negara ke­bajikan dan mereka kata BN dah buat kebajikan lebih 50 tahun lalu.
 
“Kenyataan Perdana Men­teri, Datuk Seri Najib Tun Ra­zak yang mendakwa Kerajaan Negeri Kelantan tidak berbuat apa-apa sepanjang 22 tahun jelas menunjukkan pimpinan BN tidak memahaminya,” katanya.
 
Hassan mempersoalkan peranan mufti yang membisu apabila bekas Perdana Men­teri, Tun Mahathir Mohamad mengatakan hudud tidak ada dalam al-Quran.
 
“Umno kata kita takut kepada DAP sedangkan kita jelaskan Islam kepada mereka, Umno sepatutnya memberi nasihat kepada MCA yang persoalkan hudud,” katanya.
 
Dalam pada itu, Datuk Norzula Mat Diah (BN-Paloh) bangun mengatakan dasar Pas berubah daripada konsep Negara Islam kepada Negara Berkebajikan kerana takutkan DAP.
 
Hassan berkata, Pas akan berjumpa dengan pimpinan DAP sekiranya ada isu ber­bangkit tidak seperti Umno yang berdiam diri walaupun MCA menentang hudud.
 
Norzula sekali lagi bangun dan mendakwa, Umno tidak pernah menolak hudud ke­rana enakmen itu diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri.
 
“Kita menyokong hudud, perlak­sanaannya tertakluk pada keadaan tertentu, kalau nak laksana, jumpa Perdana Menteri,” katanya.
 
Ketua Pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) berkata, Pas perlu melaksanakan hudud terlebih dahulu sebelum menuduh pemimpin Umno membantah.