STRATIGI  PKR/PR (Agenda Yahudi) UNTUK MEMELEMAHKAN BN .... Kerana diterajui org Islam.
Hotel Shangri-la Kuala Lumpur menafikan kos katering bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa ditanggung oleh Jabatan Perdana Menteri.
Sebaliknya menurut pengurusan hotel itu hari ini, pembayaran dibuat oleh Najib sendiri.
Kenyataan itu sekali gus menafikan tuduhan Jingga 13 dan PKR sebelum ini, mendakwa Pejabat Perdana Menteri menanggung kos RM409,767.
Hotel Shangri-la Kuala Lumpur ada menerima pengesahan tempahan katering di luar pada 2 Jun 2011 bagi satu majlis di Seri Perdana Putrajaya yang dijadualkan berlangsung pada 17 Jun 2011.
"Adalah menjadi prosuder biasa setiap tempahan yang dibuat hendaklah disahkan. Bagi majlis ini, ia disahkan pada empat hari sebelumnya iaitu 13 Jun.
"Majlis berkenaan adalah pada 17 Jun dan pembayaran keseluruhannya dibuat oleh perdana menteri pada 30 Jun, bukannya dibuat melalui Pejabat Perdana Menteri," kata kenyataan itu.
Sebelum ini, Najib menafikan majlis pertunangan anak perempuannya itu bersama warga Khazakhstan, Daniar Nazabayev menggunakan duit kerajaan.
Katanya, perbelanjaan pertunangan anak perempuannya tidak ditanggung oleh Pejabat Perdana Menteri sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak,” kata mesej menerusi Twitter di bawah akaun Pejabat Akhbar Perdana Menteri (Msia PM Press Office).
Mesej susulan pula menyebut, “Pejabat Perdana Menteri akan mengeluarkan satu kenyataan berkenaan dakwaan dalam waktu terdekat.”
Semalam, Jingga 13 meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat berhubung isu tersebut.