Monday, March 12, 2012

Kita Harus Bersabar !

Shahrizat berundur ..... 




Hormati kerajaan, kepemimpinan, nafi ada kaitan isu Pusat Fidlot Nasional.
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas tamat tempoh pelantikannya sebagai senator pada 8 April ini.


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Shahrizat berkata, surat berhubung pengundurannya yang berkuat kuasa pada 8 April sudah disiapkan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri. 

Ditanya sama ada keputusan itu ada kaitan dengan skandal NFCorp, Shahrizat berkata:
“Sama ada wujud kepentingan peribadi atau tidak, saya tidak ada kena mengena dengan NFC. Saya berkahwin dengan Pengerusi NFCorp, tetapi sebagai anggota kerajaan, saya rasa perkara yang betul untuk dilakukan ialah berundur.

“Saya amat menghormati kerajaan dan amat menghormati Perdana Menteri. Saya bukan saja seorang pemimpin, saya juga seorang isteri dan seorang ibu. Saya tahu apa yang perlu saya lakukan dan saya lakukan perkara yang betul.”

Beliau berkata, keputusan itu diharap akan membolehkan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan kes berkenaan.