Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui tiada projek pembangunan melibatkan tanah rizab Melayu oleh anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC) sejak tiga tahun lalu.
'apa yang dirancang Kerajaan Negeri ialah membangunkan tanah rizab Melayu yang terletak di kawasan strategik seperti di Klang, Hulu Langat dan Sepang untuk projek perumahan'.... Bodoh, dungu, bangang ! MB keluarkan kenyataan ni ?

“Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri pada masa ini tidak mempunyai perancangan khusus membangunkan tanah rizab Melayu,” katanya, semalam.

Kenyataan berkenaan menjawab pertanyaan mulut Ng Suee Lim (DAP-Sekichan) berhubung perancangan membangunkan tanah rizab Melayu yang strategik demi meningkatkan tahap ekonomi Melayu.

Abdul Khalid berkata, jumlah keluasan tanah rizab Melayu bagi sembilan daerah di seluruh Negeri Selangor sebanyak 182,701.7 hektar.

Beliau berkata, jumlah keluasan mengikut pecahan daerah adalah Sabak Bernam iaitu 69,129.4 hektar, Gombak (4,576.8), Sepang (9,146 ), Hulu Langat (13,237.5), Hulu Selangor (12,720.8), Kuala Langat (15,012.3), Kuala Selangor (7,474.5), Klang (9,123) dan Petaling (1,093.2).

Dalam pada itu katanya, pihaknya bercadang membangunkan tanah rizab Melayu di negeri ini yang difikirkan boleh menjana keuntungan dan memberikan faedah kepada kaum bumiputera dalam masa terdekat.