Wednesday, October 26, 2011

KISAH HUDUD 1


Kisah Hudud:  PasKelantan ......... kaji ke keji.


Aceh melepasi keghairahan Kelantan dalam melaksanakan hukuman hudud. 

Langkah kerajaan Pas Kelantan menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal untuk mengkaji “kemungkinan melaksanakan” Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, atau hukum hudud di negeri itu. Jawatankuasa itu terdiri daripada panel 19 anggota,
selepas Nik Aziz Nik Mat berhempas pulas membangkitkan isu itu (terutamanya menjelang ketibaan pilihan raya umum) sejak 1990-an (kira-kira 20 tahun lalu), baru kini ia mahu dikaji?
Sepatutnya ia hanya menunggu untuk pelaksanaan sahaja dan soal teknikal telah diselesaikan sejak belasan tahun malah puluhan tahun dulu lagi.
Saya dan mungkin jutaan lagi rakyat Malaysia amat hairan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Pembangunan Islam Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah itu.
“Ia (panel itu) akan mengkaji kemungkinan melaksanakan enakmen itu, kerana ia mempunyai pandangan perundangan yang ia (hudud) boleh dijalankan, tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan.

Sekali lagi PAS kebingungan. Mahu kaji lagi? Mahu cari ruang lagi, mahu mencari syor lagi. Sungguh sedih selepas lebih 20 tahun soal hudud digembar-gemburkan ia masih dalam kajian?
Saya cukup bingung dan keliru. Apakah Nik Aziz mahu membingungkan rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam? Sudahlah Tuan Guru. Cukuplah.
Kajian apa lagi wahai Tuan Guru Nik Aziz? 
Soal hudud ini sudah terlalu lama merayu Nik Aziz cepat-cepatkanlah melaksanakan hukuman hudud itu di Kelantan dan negeri-negeri pakatan pembangkang lain, terutamanya di Pulau Pinang.
Sudah tentu Lim Guan Eng juga akan mengalu-alukan hukum hudud dilaksanakan di negerinya kerana ia boleh menjamin Pulau Pinang bebas daripada jenayah di negeri itu. Lagipun Guan Eng seorang pejuang (advocate) anti jenayah dan moral yang hebat. Beliau juga dianggap kalifah oleh PAS.

Dengan sendirinya tugas polis pun akan lebih ringan dan sekali gus rumah-rumah persundalan dan kelab-kelab GRO akan dapat ditutup. Selangor juga, dikhabarkan sedang menghadapi masalah kebanjiran rumah urut yang semakin bercambah. Ia juga boleh dilaksanakan di Selangor.
Wahai Tuan Guru Nik Aziz marilah kita berdoa supaya pelaksanaan hukum hudud dapat dilaksanakan dengan segera di Kelantan.
Lagipun, Kelantan mencatatkan kes HIV/AIDS yang tertinggi di Malaysia, yang kini sudah mula menjangkiti isteri-isteri pasangan masing-masing.
Bagi Karpal Singh, yang pernah berkata “langkah mayat” dia dulu jika undang-undang dan konsep negara Islam itu mahu diadakan juga perlulah akur. Hormatilah sedikit Nik Aziz yang merupakan orang berpengaruh dalam pakatan.
Bagi negeri-negeri lain pula, perkasakanlah isu-isu ekonomi, muamalat dan munakahat kerana ia akan menjamin kesejahteraan hidup umat Islam.
Apabila perut kenyang dan terhindar daripada kemiskinan maka tiadalah wujud jenayah dan kekufuran yang bukan-bukan.

Saya berharap Nik Aziz, ikhlaslah kali ini. Laksanakanlah segera hudud di Kelantan. Jika boleh luluskanlah cepat. Kami semua sudah penat dengan isu yang tidak habis-habis ini. Jangan biarkan orang lain gelak kepada kita.

No comments: