Hudud Pas Boleh Liwat Isteri ........... sama hudud kristian.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta memberikan penjelasan berhubung undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan Pas semasa memerintah Terengganu, khususnya Seksyen 14 Enakmen Hudud, Qisas dan Takzir, 2002 memerlukan penjelasan lebih lanjut sama ada perkara itu benar atau sebaliknya.
Hj. Hadi yang pada waktu itu sebagai Menteri Besar Terengganu perlu bersuara kerana sebarang kekeliruan mengenai perkara itu akan menimbulkan pelbagai tafsiran di kalangan umat Islam.
“Kalau salah mengaku salah dan minta diperbetulkan dan jika betul sila nyatakan alasannya. Kita tidak mahu undang-undang Islam itu dicemari dengan pelbagai tafsiran yang tidak benar.
“Hari ini pun telah nampak pelbagai tafsiran diberikan termasuk undang-undang berkenaan sebagai hudud Pas. Jadi baik Hadi Awang atau pun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan penjelasan. Jangan main-main kerana ini adalah hukum Allah,” katanya.
Sidang Dewan Rakyat yang dingin sehari dua ini tiba-tiba jadi panas pada sebelah petang Khamis apabila ahli Parlimen Bebas, Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin mendakwa undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan Pas semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri.
Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian.
Kenyataan Zulkifli itu menyebabkan beberapa anggota pembangkang ‘panas telinga’ dan menimbulkan kekecohan. Kenapa hendak panas telinga, ini soal hukum jangan sampai persoal oleh umum.
“Paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam tapi yang saya nak tunjuknya, ini bukan datang dari syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah (dalam) Seksyen 14. Ini enakmen yang telah digazetkan.
“Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki…kita faham lah itu… atau di antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.
“Yang saya terperanjat dia (hukum hudud pas) kata ‘selain daripada isterinya’. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri itu (bermakna) tidak liwat dalam hudud Pas ini,” kata Zulkifli.
Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau Panjang seterusnya menegaskan jika apa yang dibangkitkan oleh Zulkifli Nordin itu bukan yang muktamad dan sebagainya, Pas perlu kemukakan perkara berkenaan. Bagaimana dikatakan belum muktamat sedangkan sudah digazetkan 2004.
“Jangan hanya sekadar cakap. Tetapi berdasarkan penelitian dan pemahaman saya, apa yang ditunjukkan oleh Zulkifli Nordin itu adalah yang telah digazetkan dan bukannya draf. Justeru kepada pemimpin Pas jangan nak berselindung lagi.
“Kita tidak mahu ianya akan lebih mengelirukan dan bukannya memberi kebaikan kepada umat Islam. Jujurlah kepada agama dan ikhlaslah kepada umat Islam kerana satu hari nanti, kebenaran akan pasti muncul,“ katanya.
No comments:
Post a Comment