Wednesday, October 19, 2011

JOM SOKONG PAKATAN ROSAKAN MELAYU !

Bila Kuasa Tiada Lagi .... Siapa boleh bela Melayu dan Islam ?
SEBAHAGIAN penduduk membantah MPAJ meluluskan pembinaan kondominium di Taman Nirwana, Ampang.
Menyesal air mata darah tiada guna lagi, bila dengar guruh dilangit air ditempayan dicurahkan.....
 
AMPANG: Penduduk di sekitar Taman Nirwana Fasa 1, 2 dan 3 dan Kampung Pandan Dalam merayu hak mereka sebagai penduduk tidak dianaktirikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan pemaju dalam membangunkan sebuah projek kondominium berhampiran kawasan kejiranan mereka.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Pandan Dalam, Ismail Majid, berkata pembinaan dua blok kondominium 16 tingkat itu hanya akan menambah kesesakan, terutama di Jalan Nirwana 38 dan 39 yang sudah sedia sesak, termasuk dikhuatiri mengganggu penghuni di jalan berkenaan sebaik projek itu siap kelak.
Bagi memastikan masalah kesesakan tidak bertambah kronik, penduduk mencadangkan pemaju tidak membina bangunan tinggi, sebaliknya membina kediaman empat hingga lima tingkat, selain memastikan kawasan perumahan itu dianjakkan sehingga 20 meter dari arah Jalan 38 supaya tidak mengganggu laluan sedia ada.
Jalan Nirwana 38 dan 39 yang terletak di depan kondominium yang bakal dibina itu adalah laluan keluar utama memasuki Lebuh Raya Lingkaran Kedua (MRR 2) melalui Kampung Pandan ke Sungai Besi dan ke Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke) oleh penduduk di tiga taman perumahan di sini iaitu Taman Nirwarna Fasa 1, Fasa 2 dan 3, Taman Angsana, Ampang Putra dan Kampung Pandan Dalam.

Jika kondominium ini siap kelak, pasti menambah kesesakan sedia ada dan mengganggu keselesaan penduduk, terutama yang tinggal di jalan berkenaan. Kita dimaklumkan MPAJ, penghuni kondominium itu akan diberi dua petak parkir tetapi kita khuatir tetamu yang mengunjungi kondominium itu akan meletakkan kereta di bahu jalan berdepan perumahan penduduk, katanya.

Beliau dihubungi selepas mengadakan perhimpunan secara aman bersama 300 penduduk lain bagi membantah pembinaan kondominium berkenaan daripada diteruskan. Turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Penduduk Taman Nirwana Fasa 2, Mohamad Suhaimi Ismail.

Ismail mendakwa, MPAJ juga tidak bersemuka atau berbincang dengan penduduk setempat sebelum meluluskan projek pembinaan kondominium 16 tingkat itu, malah gagal mempamerkan sebarang notis bagi memaklumkan penduduk mengenai pembinaan berkenaan.
Sebelum ini, sudah dua kali perjumpaan diadakan dengan MPAJ termasuk terbaru pada Jun lalu dan MPAJ berjanji menjalankan kajian selama enam bulan sebelum pembinaan diteruskan. Bagaimanapun, nampaknya ia gagal dipenuhi apabila pembinaan kondominium ini masih diteruskan, katanya.

Dalam kenyataan semalam, MPAJ tiada peruntukan undang-undang boleh digunakan bagi menghalang pemaju membangunkan tanah mereka.... Yang meluluskan siapa ?
MPAJ menerima permohonan Kebenaran Merancang daripada Tetuan Sri Seltra Sdn Bhd, bagi membangunkan kompleks perniagaan atau pangsapuri perkhidmatan dan kedai pejabat mengikut syarat nyata, dua tahun lalu.

Selepas Kebenaran Merancang diperoleh, masih ada penduduk tidak berkepentingan meminta MPAJ mengadakan sesi penerangan, selain mengambil tindakan terhadap isu dibantah penduduk dan perkara itu dipersetujui, malah pemaju turut membuat pindaan mengikut dasar serta garis panduan ditetapkan.

No comments: