Thursday, October 27, 2011

POLITIK RAKUS... MUFLISKAN YAYASAN SELANGOR !

Dulu untuk membantu anak Selangor tapi kini ...........!!!!!

Dengan kata lain, dakwaan bahawa Khalid Ibrahim dan Pakatan memufliskan Yayasan Selangor cuba diperlihatkan sebagai fitnah daripada pihak yang mendesak pentadbiran negeri menerangkan tentang hala tuju Yayasan Selangor yang dilihat sebagai peti harta karun yang dirompak oleh Pakatan.

Pada 19 Mac 2009, Pengurusan Yayasan telah bersetuju untuk membuat pelaburan jangka panjang di dalam Deposit Berstruktur ‘AMTRIPLE OPPORTUNIES FRIEND’ dengan Ambank Berhad Cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya dengan nilai pelaburan berjumlah RM15 juta.
Simpanan pelaburan tersebut akan matang dalam tempoh tiga tahun di mana Yayasan akan diberi jaminan pulangan faedah 5.5% dan di samping itu, Yayasan akan mendapat pulangan tambahan pada tahun ketiga berdsarkan Prestasi Indeks Dinamik yang dianggarkan pada kadar minimum 3.41%.
Pelaburan ini telah dipecahkan kepada tiga sijil iaitu bernilai RM10 juta, RM3 juta dan RM2 juta. Pelaburan dalam program ini telah memberikan Yayasan keuntungan terdahulu (upfront) di mana keuntungan bernilai RM525,000 yang diterima pada masa yang sama ssemasa pelaburan ini dimasukkan.
Pada tahun kedua pelaburan Yayasan telah menerima 1% keuntungan yang bernilai RM150,000. Oleh yang demikian keuntungan  yang diterima sehingga bulan November 2010 adalah berjumlah RM702,345.
Bagaimanapun, pada 4 November 2010, dalam memo Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) kepada pengurus Kewangan dan memaklumkan bahawa Pengurus Besar telah memberi kelulusan untuk membatalkan pelaburan di Ambank Berhad sebanyak RM15 juta dan melaburkan semula dalam jumlah yang sama di Malaysian Building Societies Berhad (MBSB) sebagai pelaburan baru.
Semenjak tarikh 11 November 2010 (tarikh pembatalan deposit) sehingga ke tarikh laporan audit itu ditulis pada 13 Disember 2010 mendapati pelaburan tersebut belum dilakukan.
Di sini sahaja kita sudah dapati Tadbir Urus Korporat Yayasan Selangor tidak dapat membantu mempertingkatkan kecekapan walaupun Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat bercakap besar tentangnya. Operasi Yayasan tidak diurus dengan sempurna, telus dan bertanggungjawab.
Lantikan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) yang dilantik masing-masing pada 15 Mac 2010 dan 3 Mei 2010 boleh dipertikaikan kerana salah seorang daripada mereka bukan pilihan utama Panel Temu Duga dan seorang lagi telah mendapat Notis Kebangkrapan.
Atas inisiatif mereka sendiri, kedua-duanya telah dinaikkan pangkat dalam tempoh masa yang singkat (1 bulan dan 2 bulan) yang diluluskan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor hanya melaluiCircular Resolusi tanpa merujuk kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusan.
Di samping itu antara tindakan yang telah dilaksanakan oleh pengurusan atasan Yayasan yang tidak menunjukkan tadbir urus korporat yang baik adalah:
(a) Bagi tempoh Mac hingga November 2010 sahaja seramai 18 warga kerja Yayasan telah berhenti dan 50 orang kakitangan lagi telah ditukarkan (33%).
(b) Perbelanjaan tidak dirancang, tidak telus serta tidak berhemat serta tidak munasabah menyebabkan kos untuk perbelanjaan Ulang Tahun Ke-40 Yayasan Selangor mencecah sehingga berjumlah RM996,472. Terdapat juga perbelanjaan yang telah selesai dibayar kepada Pengurus Acara walaupun aktiviti belum dilaksanakan lagi.
(c) Elaun-elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada Ahli Mesyuarat telah diluluskan oleh Pengurus Besar.
(d) Elaun Mesyuarat Ahli JawatanKuasa Pembangunan Hartanah Selangor dibayar atas kadar yang tinggi iaitu sebanyak RM3000 seorang. Sepanjang tahun 2010, sebanyak 12 keputusan tertinggi hanya dibuat melalui Circular Resolusi malah keputusan tidak dimaklumkan atau diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 13 tahun 1993 – Arahan Bagi Meningkatkan Kualiti Perancangan Dan Kawalan Ke Atas Pengurusan Syarikat-Syarikat Kerajaan.
Timbalan Pengurus (Pengurusan) juga tidak menghormati arahan bercuti dalam tempoh siasatan Menteri Besar sebagai Pengerusi Lembaga. Dia telah hadir mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh Pengurus Besar. Keengganan pengurusan atasan mematuhi arahan menunjukkan kelemahan integriti kedua-dua indivitu tersebut.
Di samping itu, perbelanjaan yang telah dilaksanakan secara bidan terjun oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan),  disokong oleh Pengurus Besar Yayasan tanpa memikirkan impak kewangan kepada kedudukan aliran tunai Yayasan. Setakat akhir bulan November 2010 kedudukan kewangan Yayasan telah mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta.
Seharusnya Yayasan Selangor telah memecat atau menamatkan kontrak bagi Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) atas alasan kedua-duanyanya tidak dapat menjaga kepentingan Yayasan kerana kebanyakan daripada keputusan yang dibuat seolah-olah dibuat untuk kepentingan diri.
Namun tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pentadbiran negeri Selangor, sekaligus menunjukkan kewujudan kedua-dua orang itu dalam Yayasan Selangor, sebenarnya adalah ‘lanun besar’ yang sengaja dihantar untuk melakukan rompakan dan pemusnahan besar terhadap Yayasan Selangor.

No comments: