Sunday, October 23, 2011

Rakyat Puchong Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Kepada TPM


Veteran UMNO Tersentuh Dengan Lawatan Timbalan Perdana Menteri.

Isyaallah SELANGOR akan kembali ke BN.









Kuala Lumpur, 22 Okt- Beberapa anggota veteran UMNO begitu teruja dengan lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke kediaman mereka di Kampung Pasir Baharu, Puchong dekat ini hari ini.
Bekas ketua pemuda cawangan Damansara, Harun Rashid, 84 yang menyertai UMNO sejak awal penubuhan parti itu berkata ini merupakan lawatan menteri kabinet yang pertama ke rumahnya.
Harun, yang merupakan antara tiga veteran UMNO yang dilawati Timbalan Perdana Menteri, begitu terharu hingga menitiskan air mata kerana tidak menyangka Muhyiddin sanggup menziarahnya.
Kehadiran pemimpin negara itu sangat istimewa bukan sahaja baginya, malahan bagi seluruh ahli keluarga termasuk anak-anak dan cucu yang begitu teruja, katanya yang mempunyai lapan orang anak dan 32 orang cucu.
Selain Harun, Muhyiddin juga melawat Hussin Harun, 63, dan Alias Mat Akil, 72.
Bagi Hussin, yang menyertai Umno sejak 40 tahun lepas berkata:” Walaupun beliau (Muhyiddin) hanya datang bertanyakan khabar, itu pun sudah cukup bagi saya.”
Sementara Alias yang menyertai UMNO sejak 1964, berkata Muhyiddin yang  melawat ahli veteran sepertinya, terutama mereka yang tiada pangkat, adalah satu  tindakan pemimpin yang berjaya.
Muhyiddin yang menaiki bas bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yng tiba di kampung itu pada 4.50 petang terus menunaikan solat Asar di Masjid Darussalam.
Beliau meluangkan masa hampir setengah jam mengunjungi ketiga-tiga veteran UMNO itu sebelum singgah ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Batu 14, Puchong, di mana beliau mengumumkan pemberian bantuan segera berjumlah RM400,000 untuk membaiki sekolah itu.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pemberian itu dibuat atas dasar kerajaan memberi layanan sama rata, dan tidak menganak-tiri mana-mana kaum dalam soal pendidikan kerana pendidikan penting jika negara hendak maju.

No comments: