Apa saja BN/Kerajaan – Pembangkang akan Tetap Membangkang ? Sebab mereka suka Kangkang !
Datuk Ismail Kijo menyifatkan perkembangan mengenai cadangan itu membuktikan bahawa parti pembangkang tidak bersependapat mengenai perkara itu dalam usaha memperbaiki perjalanan pilihan raya di negara ini.
“Jika mereka benar-benar bekerjasama sebagai satu pasukan, sepatutnya mereka mempunyai kesepakatan dalam membuat apa jua keputusan, tetapi apa yang berlaku berlakunya ketidak sefahaman di kalangan mereka.“DAP menyokong perkara itu mungkin melihat apa yang dicadangkan itu boleh menambah baik sistem pilihan raya berbanding dengan PKR dan Pas yang dilihat cuba mempolitikan perkara itu,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tiadanya kesepakatan di kalangan parti pembangkang berhubung cadangan penggunaan sistem biometrik ketika pilihan raya oleh SPR.
Ismail berkata, PKR dan Pas harus bersifat terbuka dalam perkara itu kerana apa yang ingin dilakukan oleh SPR masih di peringkat kajian dan tidak semestinya perkara itu akan terus dilaksanakan.
“Apa yang berlaku, Pas dan PKR nampaknya ingin mempolitikkan perkara itu untuk mendapat sokongan, walaupun penggunaan biometrik itu dilihat boleh menambahbaik sistem pilihan raya namun mereka nampaknya masih beria-ia mempertahankan cadangan yang dikemukakan menggunakan dakwat kekal.
“Benar seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) bahawa pembangkang berfikiran ortodoks, tidak ingin menerima pembaharuan sejajar dengan kemajuan dunia,” katanya.
PKR dan Pas tidak dapat menerima apa jua pembaharuan yang dibawa oleh kerajaan walaupun apa yang dilakukan itu adalah untuk rakyat.
“Dalam pemikiran mereka, apa yang dibuat oleh kerajaan semuanya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional dan UMNO, sebab itu mereka membantah apa sahaja yang kita lakukan walaupun untuk rakyat.
“Apakah kita ingin membiarkan negara kita terus ketinggalan, perubahan yang dibawa itu sebahagian dari usaha untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti, bukannya seperti PKR dan Pas yang dilihat ingin mengundur kebelakang mengamalkan cara lama,” katanya. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment