Thursday, July 28, 2011

DAPiq KUASAI SELANGOR !

Keadilan Bagi DAPig

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman membidas DAP yang terus bermaharajalela untuk memainkan peranannya sebagai pengarah utama dalam sandiwara bagi memastikan monopoli kuasa di tangan biarpun menggadai rakan sekutu atau memperkudakan anggota yang lain.
Katanya, apa yang berlaku di negeri-negeri pembangkang sekarang ini adalah ekoran daripada kerja-kerja sumbang para pemimpin DAP yang sanggup mempergunakan anggota lain dalam pakatan khususnya Pas dan Pkr.
“Inilah DAP yang berstrukturkan perkauman biarpun di bibir para pemimpin mereka mengatakan sama rata tetapi apa yang dilakukan adalah sebaliknya sebagaimana Selangor yang dimonopoli keuntungan sepenuhnya oleh para anggotanya,” katanya kepada UMNO-Online.
Jelasnya, pentadbiran Negeri Selangor secara langsung sekarang ini DIMONOPOLI oleh DAP dengan sekutunya sehinggakan anggota pakatan lain iaitu Pas dan Pkr sudah tidak mampu mengeluarkan kata-kata.
“DAP sudah mempergunakan kepentingan keseluruhan iaitu bukan hanya asas perpaduan dalam kesejahteraan rakyat diperlekehkan malahan mereka sanggup menangguk di air keruh dengan kononnya menjadi hero sedangkan realitinya merekalah gunting dalam lipatan.
“DAP bermain wayang dengan setiap anggotanya bermain peranan kononnya mahu mengutamakan rakyat tetapi sebaliknya mereka merendahkan martabat orang Melayu selain menafikan hak keistimewaan bumiputera dan menghina agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.
“Sanggupkah kita hanya duduk berdiam diri sedangkan diri kita ini ibarat diperhamba sewenang-wenangnya atas kepimpinan ala-ala kuku besi DAP. Atas kertas bersikap baik sedangkan apa yang diterjemahkan dalam realiti adalah sesuatu yang amat bertentangan dengan apa yang mereka lakukan,” katanya
Tegasnya lagi, pemimpin DAP bukan hanya mengambil kesempatan dengan mengaut segala macam perkara yang boleh memberi keuntungan pada mereka malah lebih dari itu, agama Islam juga turut dihina dan dipermainkan.
“Pemimpin-pemimpin DAP bukan hanya di Selangor tetapi di negeri-negeri lain juga mainkan peranan besar dalam usaha untuk mengaut kekayaan sehinggakan mereka langsung tidak memberi peluang kepada orang lain biarpun kontrak yang kecil untuk kelas F dan kuota bumiputera.
“Malangnya para pemimpin dalam pakatan pembangkang seperti lembu di cucuk hidung yang tak tahu nak bersuara, telinga dah jadi tuli dan ada mata pandang saja apa yang diperlakukan oleh pemimpin DAP termasuklah apabila ayat quran dan hadis dipersendakan.”
Dalam Sidang DUN Selangor baru-baru ini, Satim telah dihalau keluar kerana menegur perbuatan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang mahu membacakan sebuah hadis.
“Ini juga satu lagi taktik DAP untuk menunjukkan kononnya parti anti Negara Islam itu sedang berusaha merapatkan diri mereka dengan umat Islam sedangkan kita tidak boleh biarkan sesiapa sahaja sesuka hati menggunakan hadis untuk menguatkan hujahnya apatah lagi oleh orang kafir. Sudah banyak tempat dan majlis, ayat al-Quran dan hadis dipermainkan oleh DAP dan ini tidak boleh dijadikan sebagai satu budaya.
“Inilah demokrasi yang dibuat oleh pembangkang kerana belum berkuasa, kata demokrasi, hak kebebasan tetapi bila berkuasa semuanya ikut suka hati sendiri,” katanya lagi. – MediaUMNO

No comments: