Saturday, July 02, 2011

Rampas Tanah Rakyat…Pas dak Isle... Negeri Kebajikan (Negeri Kapir).

 
Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sikap Kerajaan Negeri Kelantan yang terus-terusan menindas rakyat semkain ketara dapat dilihat apabila kerajaan Negeri merampas tanah yang telah diterokai oleh 69 buah keluarga sejak tahun 1980an lagi.

Beliau berkata demikian, mengulas isu pengambilan tanah di Air Piau 1 dan 2, Gual Ipoh, Tanah Merah oleh Kerajaan negeri Kelantan.
Kejadian ini jelas mencerminkan bahawa kepentingan rakyat diabaikan. Kerajaan Negeri Pas langsung tidak mempedulikan nasib yang bakal ditanggung oleh kesemua keluarga terbabit.
Berikut adalah rentetan proses pengambilan tanah tersebut:
  • Pejabat Menteri Besar Kelantan mengeluarkan surat pada 23 September 2008 mengarahkan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mengambil alih semua pengurusan projek-projek Felcra yang dipindahkan kepada Kerajaan Pas Kelantan berkuat kuasa pada 1 April 2008.
  • Keputusan untuk menyerahkan projek tersebut kepada PMBK dibuat dalam mesyuarat Exco Kerajaan Pas Kelantan pada 5 Disember 2007.
  • Pengambil alihan projek Felcra tersebut turut melibatkan tanah seluas 145.72 hektar di Air Piau 1 dan 2, Mukim Ulu Kusial, Tanah Merah.
  • Jumlah keseluruhan tanah yang diambil alih PMBK daripada Felcra di seluruh negeri Kelantan ialah sebanyak 4,249 hektar.
  • Pada 9 Januari 2011, seramai 69 peneroka asal tanah tersebut yang diketuai oleh Mohd. Zainol Ahmad telah menghantar surat kepada Menteri Besar untuk mendapatkan kembali tanah mereka.
  • Pada 23 Januari 2011, Pegawai Khas Menteri Besar, Zawawi Muhammad telah menghantar surat kepada Ketua Jajahan Tanah Merah dan melampirkan surat peserta terbabit.
  • Pada 24 Mac 2011, Mohd. Zainol (wakil peneroka) telah menghantar surat rayuan kepada Felcra dan agensi itu memberikan jawapan bahawa pihaknya tidak ada kena mengena dengan tanah tersebut kerana ia telah diserahkan kepada PMBK melalui surat bertarikh 10 April 2011.
  • Bagaimanapun sehingga hari ini, peserta terbabit tidak mendapat sebarang jawapan sama ada daripada Kerajaan Pas Kelantan, PMBK dan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah.
  • Ekoran daripada itu, pada 20 Jun 2011, peserta terbabit telah membuat demonstrasi secara aman di kawasan tersebut bagi menuntut semula hak mereka.
  • Tanah tersebut diteroka oleh penduduk kampung berhampiran sejak tahun 1980-an lagi, dan PMBK tidak perlu mengeluarkan sebarang modal kerana peserta dan Felcra telah menanam getah.
  • Ketika pengambil alihan itu, getah terbabit telah mengeluarkan hasil malah mereka mengalami kerugian yang amat besar tambahan pula kebanyakkan penoreh hanya petani dan bergantung harap dengan hasil getah sahaja.
Berdasarkan rentetan ini, jelas kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan Pas, hanya mementingkan diri sendiri tanpa memandang nasib rakyat. Ianya langsung tidak mencerminkan Kerajaan Negeri yang kononnya memperjuangkan Negara kebajikan.

No comments: