Wednesday, July 13, 2011

Bangkitlah Bangsaku....!!!!!!!!!!!!!

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sedih apabila mendengar orang Melayu masih bercakap mengenai Ketuanan Melayu kerana beliau mahu kaum itu berdiri pada keupayaan diri mereka, bukannya hak istimewa diturunkan menerusi perlembagaan.
Malah bekas perdana menteri ini (gambar) juga kelihatan ‘keberatan’ apabila ada usaha mengaitkan DEB dengan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Menjawab soalan pada Kongres Profesor Kebangsaan di sini, kata Dr Mahathir, beberapa peruntukan dalam DEB seharusnya telah pun digugurkan.
“Berkenaan dengan (Artikel) 153, jika ia berkenaan dengan bahasa, agama dan kesemua itu, tidak mengapa, tetapi kita telah memperluaskan sehingga membabitkan DEB.
“Dan, beberapa aspek DEB seharusnya dimansuhkan sebaik sahaja mereka yang mendapat manfaat daripada DEB telah memperlihatkan keupayaan mereka,” katanya.
“Saya sangat sedih apabila saya mendengar orang Melayu bercakap mengenai Ketuanan Melayu,” katanya.
“Ternyata ada tanah simpanan Melayu sebab itu kita adalah tuan. Tetapi untuk hidup di (tanah) simpanan Melayu adalah satu penghinaan, sebab itu bermakna saya lemah, saya dilindungi di tanah sendiri. Ia bukan sesuatu yang harus dibanggakan,” katanya.
Dr Mahathir juga berkata orang Melayu seharusnya mempertingkatkan keupayaan mereka agar mereka tidak bergantung pada hak-hak istimewa.

No comments: