Monday, July 25, 2011

Melayu PASik menjadi Buta dan Pekak... kerana Paknik Ajis.


DAP mungkin boleh menang jika bertanding di kawasan Pas tetapi Pas belum tentu boleh menang sekiranya bertanding di kawasan DAP.
Mungkin ini gambaran yang cuba diberikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berhubung kerjasama pakatan pembangkang.
Menurutnya jika dinilai kerjasama yang dijalinkan Pas dan DAP memperlihatkan DAP hanya mempergunakan Pas untuk menarik sokongan orang Melayu sedangkan DAP tidak pernah menghormati Pas sebagai rakan kongsi.

“Pas hanya menjadi kuda tunggangan DAP hingga sanggup memberi sokongan membuta tuli dan sekiranya terus bersama parti itu dalam pakatan pembangkang.”, katanya.
Dalam pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, kata beliau penyokong Pas menyokong calon DAP yang bertanding di kawasan pekan sebaliknya calon Pas sendiri kalah di kawasan yang ditandingi.
“DAP mempergunakan Pas di merata-rata tempat yang mereka tandingi, Pas seharusnya sedar apa yang berlaku memandangkan Pas hanya diperkuda dan dipergunakan untuk kepentingan DAP supaya mereka menang di kawasan berkenaan.
“DAP tidak akan menang dengan mengharap undi pengundi Cina sebaliknya kemenangan mereka disebabkan calon DAP mendapat sokongan penyokong Pas, sebaliknya tiada sokongan daripada penyokong DAP terhadap calon Pas yang bertanding menyebabkan tiada satu kerusi pun dimenangi Pas”, katanya.
Justeru beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata berkata ada baiknya untuk Pas bermuhasabah dan menilai secara waras saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyarankan Pas keluar daripada pakatan pembangkang.
“Pas tidak sepatutnya meneruskan perjuangan bersama DAP jika agenda perjuangan mereka adalah untuk Islam kerana suatu ketika dahulu DAP pernah mengeluarkan kenyataan ‘langkah mayat mereka dahulu baru boleh tubuhkan kerajaan Islam’, namun Pas tetap berkawan baik dan cukup rapat dengan DAP.
“Kalau kita lihat kabinet bayangan di Sarawak baru-baru ini memperjelaskan lagi bahawa Pas hanyalah sekadar melukut di tepi gantang”, ujarnya.

No comments: