Monday, July 04, 2011

GELOMBE MERAH.. PADE DAH TU 21TH PERALAT ISLE, BAKITLAH !!!!

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed  berkata kempen ‘Gelombang Merah’ yang dilancarkan bagi mendekati kira-kira 400,000 pengundi muda negeri itu menunjukkan impak positif menerusi peningkatan peserta program.
Jelas beliau  sejak dilancarkan bulan lepas, secara purata lebih 1,000 belia menyertai setiap program yang diadakan.
“Saya rasakan tindakan kita lancar ‘Gelombang Merah’ adalah tindakan yang baik dan bijak. Di Pasir Puteh, lebih 7,000 golongan muda Kelantan menghadiri kempen ini.
“Laporan yang saya terima sesetengah tempat lebih 1,000 golongan muda yang hadir setiap kali kempen ‘Gelombang Merah’ diadakan,” katanya.
Beliau berkata demikian pemberita selepas pelancaran kempen peringkat Parlimen Pasir Puteh itu, di sini, Ahad.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata respons positif golongan muda terhadap program itu memberi petanda baik kepada Barisan Nasional dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
‘Gelombang Merah’ bertemakan “Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat” dilancarkan awal Februari lepas dan dilaksanakan Pergerakan Pemuda UMNO  Kelantan melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja.
Kempen itu antara usaha UMNO menawan semula Kelantan yang ditadbir Pas sejak 21 tahun lalu.

No comments: