Sunday, July 10, 2011

ULAMAKPAS ..... ADALAH GULUNGAN BUGHAH.


Banyak ulamak di pihak pembangkang meletakkan hukum Demonstrasi ialah harus. Mereka menganggap ia samalah dengan hukum tengok bola, main layang-layang dan semua hukum yang bersabit harus. Namun mereka lupa.., setiap hukum perlu kembali kepada syarak wadh’, iaitu sebab, syarat, batal dan sah.
Jika hukum asal tidak kembali kepada syara’ wadh’ ini, ia akan menjadi cacat. Misalnya solat fardhu, hukum asalnya wajib.., tetapi wajibkah kepada perempuan yang berada di dalam keadaan haid dan nifas? Semua ini sebenarnya harus diterangkan kepada rakyat oleh para ulamak yang berkecimpung didalam politik.
Ada pihak yang mengaku serta mengangkat dirinya sebagai ulamak didalam parti telah mengaitkan perlakuan demonstrasi adalah sama dengan bersolat jemaah serta menunaikan haji. Apakkah ini wajar atau dia sengaja mahu menyelewengkan aqidah umat Islam di negara ini?
Kita sepatutnya tidak boleh menyamakan solat jemaah dan mengerjakan haji sebagai demonstrasi sebab hukum ” demonstrasi haji dan solat jemaah atau jumaat pada hari jumaat” hukumnya adalah wajib. Apakah menyertai Demonstrasi BERSIH itu juga wajib? Dan apakah berdosa jika kita meninggalkan nya?
Berbalik kepada hukum harus demontrasi, haruskah ia dimata para agamawan apabila ia secara jelas mampu melahirkan rasa benci, sumpah seranah, mengguling kerajaan malah hampir kepada Bughah? Demonstrasi sebegini hanya akan membawa kepada perpecahan dan kemusnahan terhadap institusi Islam itu sendiri.
Apakah yang dimaksudkan dengan Bughah? Bughah itu sebenarnya hukum hudud yang digunakan bagi mereka yang menentang Pemimpin secara menderhaka, dan yang menggunakan senjata bagi menjatuhkan (mengguling) Pemimpin Islam didalam sesebuah negara. Persoalannya ialah siapakah golongan Bughah di Malaysia ini?
Apakah Bughah ini merupakan satu tuntutan agama? Bagaimana pula jika demonstrasi yang hendak dibuat itu tak mendapat perkenan SPB Agong yang merupakan Ulul Amri di negara ini? Dan demonstrasi itu pula tidak mendapat kebenaran Polis yang merupakan pihak yang bertanggung jawab menjaga keamanan negara, apakah ia masih harus?
Semua perlu ingat, Polis dan DYMM YDP Agong bertugas menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Polis adalah pihak yang bertugas menjadi penjaga dan pelaksana undang-undang, manakala SPB Agong pula adalah pemimpin tertinggi dalam negara dan Ketua bagi Agama Islam.
Memerangi keduanya adalah tak ubah seperti menderhaka dan mahu menghancurkan negara. Didalam Islam, kita amat ditegah jika mahu menderhaka kepada Ulul Amri. Baginda Rasulullah saw juga tak bersetuju jika masyarakat membelakangkan perintah pemimpin Islam yang dinobatkan sebagai pemerintah didalam sesebuah masyarakat.
Kita perlu ingat, politik ini adalah kaedah mendapatkan kuasa dan berkuasa, maka mereka yang suka kepada politik pandai-pandailah mengolahkannya agar tidak menyusahkan orang lain. Rasuah duit, rasuah kain batik, rasuah projek, rasuah syurga itu semua senjata politik semuanya dan pandai-pandailah juga pengundi menilainya.
Kalah dan menang ialah asam garam politik, jika takut kalah jangan bertanding. Jika yakin menang bertandinglah. Dinasihatkan supaya kita semua berhati-hatilah di dalam semua hal, terutama di dalam meletakkan hukum, jika yakin dengan hukum yang salah itu betul, itu zalim namanya.

No comments: