Akan datang, apa agamamu... PASlah. |
Pemimpin Pas yang kononnya melaung-laungkan kepimpinan Islamik menjadi bisu apabila sekutu mereka khususnya kalangan pimpinan DAP yang secara terang-terangan menghina Islam.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Muhammad Yusoff Hussein berkata apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam merupakan satu lagi detik hitam kepada Islam apabila bukan Islam sewenang-wenangnya cuba memetik hadis Nabi dalam hujah beliau.
Tegas beliau mereka yang membacakan hadis Nabi Muhammad s.a.w perlu beriman dengan kenabian dan bukannya sekadar membaca sahaja kerana itu adalah jelas satu perbuatan yang biadap dan penghinaan kepada Islam itu sendiri.
“Apakah pemimpin Pas yang melaung-laungkan mereka kalangan ulama sudah lupa atau demi kepentingan politik sanggup membiarkan perkara itu berlaku. Seingat saya ini bukanlah kali pertama pimpinan DAP melakukan perkara sedemikian rupa, malah beberapa kali termasuk membacakan ayat al-Quran.
“Bukankah Aqidah itu terbahagi kepada tiga iatu pertamanya Ketuhanan, keduanya Kenabian dan ketiganya Sami’yat. Justeru dalam konteks ini, mereka yang membacakan hadis Nabi itu perlu beriman dengan Nabi.
“Kalau tidak beriman dengan Nabi bagaimana mereka mahu percayakan hadis Nabi berkenaan. Beriman dahulu baru boleh baca hadis Nabi. Saya amat kesal dan sedih dengan perkara ini seolah-olah agama kita dipermainkan dengan sewenag-wenangnya,” katanya.
Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman semalam diarahkan keluar daripada sidang DUN Selangor setelah mempertikaikan tindakan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang dikatakan cuba mempersendakan Islam.
Beliau diarahkan keluar dari dewan kira-kira pukul 1.05 petang sehingga selesai sidang dewan hari ini oleh Speaker yang tidak berpuas hati dengan tindakannya menghalang Suee Lim daripada menyentuh soal agama ketika membahaskan Rang Undang-Undang Tambahan 2011.
Terdahulu, Suee Lim yang mahu membaca hadis sebagai hujah untuk menyokong perbahasannya telah ditegur oleh Mohamad Satim tentang status kesahihan, benar atau sebaliknya hadis yang mahu dibaca.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan hadis yang ingin dibacanya itu selain memberikan tindakannya mahu memetik sepotong hadis nabi atas alasan minatnya terhadap agama Islam.
Dr Yusof seterusnya menegaskan teguran beliau itu adalah untuk memastikan Islam terpelihara dan bukannya dijadaikan bahan mainan atau bahan politik untuk kepentingan sesetengah pihak.
“Kalau benar-benar minat masuklah Islam dan mendalami sepenuhnya dan bukannya sekadar membaca sepotong dua hadis Nabi. Kita juga khuatir hadis yang dipetik itu sama ada hadis daif atau sebaliknya. Jangan main petik sahaja.
No comments:
Post a Comment