Thursday, July 28, 2011

PEMIMPIN YANG ROSAK

Kejahatan yang ada pada pemimpin pemimpin politik lah yang menjadi punca membiaknya sifat sifat nafsu yang jahat dalam masyarakat kita hari ini.Mereka adalah di antara agen pembiak sifat sifat sombong, riyak, tamak, hasad dengki, suka memfitnah, mengumpat, mementing diri sendiri, kroni dan keluarga nya sendiri. Mereka mengambil kesempatan daripada kuasa dan kedudukan untuk mencapai kehendak nafsu, sekali pun mereka terpaksa menekan, menipu, berlaku kejam, memfinah, mengaibkan orang dan sebagainya.Dan orang orang ini lah yang diharapkan membentuk sebuah kerajaan yang adil dan stabil di mana kepentingan rakyat dan negara terpelihara dengan baik.
Apakah harapan ini akan dipenuhi? Tidak mungkin. Samalah saperti mungkin kita mengharapkan seorang ayah yang memiliki perangai bengis dan kejam untuk berlaku adil dan baik terhadap anak anaknya.Yang mungkin berlaku ialah anak anak akan berada dalam keadaan resah gelisah dan tertekan sepanjang masa.

Parlimen yang di anggap sebagai institusi tertinggi dalam sistem demokrasi itu pun telah di salah gunakan oleh pemimpin pemimpin politik yang rosak dan jahat.Institusi yang di anggap mulia itu telah dijadikan gelanggang perdebatan, jerit pekik, hentam menghentam, ejek mengejek, maki memaki dan bermacam macam lagi perangai buruk yang tidak sepatutnya dilakukan oleh YB dan  YAB yang bijak pandai dan bermaruah.Maka tidak salah kalau saya katakan suasana di parlimen itu tidak ubah saperti yang berlaku dalam kelas murid murid nakal atau di kem kem tahanan .Saya lihat kelas kelas tadika lebih berdisiplin dari sidang Parlimen.Kenapa hal hal memalukan saperti ini boleh berlaku sedangkan mereka adalah orang yang dipilih oleh rakyat untuk menjalankan tugas tugas yang mulia?

Apa yang dapat di lihat hari ini, pemimpin pemimpin politik adalah terdiri dari orang orang yang  sudah rosak akhlaknya.Sifat sifat jahat yang mereka miliki menunjukkan mereka tidak berkemampuan melahirkan masyarakat bertamadun  yang boleh hidup dalam suasana aman dan damai.Adakah boleh wujud suasana aman dan damai kalau pemimpin di antara pemimpin sendiri bertelagah?
Sikap permusuhan di antara pemimpin pemimpin ini boleh di samakan dengan pergelutan antara ahli ahli gusti yang masing masing cuba saling menjatuhkan semata mata untuk memenangi tali pinggang sebagai juara. Dan pengikut pengikut di bawahnya bertindak saperti penonton penonton yang tidak boleh duduk diam, melompat,menjerit, dan memekik mekik kepada ahli gusti yang sedang bertarung.Apa untung yang mereka dapat?
Pemimpin pemimpin semacam ini hanya akan menjerumuskan negara ke kancah krisis politik yang lebih kronik yang akan memberi kesan yang negatif terhadap kestabilan negara.Apabila sikap pemimpin menyeleweng , gila kuasa dan kedudukan, maka rakyat akan berada dalam keadaan kucar kacir dan tidak terkawal. Maka negara seluruhnya akan di timpa bermacam macam masaalah yang tidak akan selesai.
Akhirnya berlakulah kerosakan akibat oleh perbuatan manusia yang semata mata mahu memuaskan kehendak nafsu buas mereka.
Allah sebutkan dalam Al Quran yang bermaksud, ” Berlakulah kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh usaha tangan manusia, supaya ALLAH merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) (Ar Rum:41)

DAPiq KUASAI SELANGOR !

Keadilan Bagi DAPig

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman membidas DAP yang terus bermaharajalela untuk memainkan peranannya sebagai pengarah utama dalam sandiwara bagi memastikan monopoli kuasa di tangan biarpun menggadai rakan sekutu atau memperkudakan anggota yang lain.
Katanya, apa yang berlaku di negeri-negeri pembangkang sekarang ini adalah ekoran daripada kerja-kerja sumbang para pemimpin DAP yang sanggup mempergunakan anggota lain dalam pakatan khususnya Pas dan Pkr.
“Inilah DAP yang berstrukturkan perkauman biarpun di bibir para pemimpin mereka mengatakan sama rata tetapi apa yang dilakukan adalah sebaliknya sebagaimana Selangor yang dimonopoli keuntungan sepenuhnya oleh para anggotanya,” katanya kepada UMNO-Online.
Jelasnya, pentadbiran Negeri Selangor secara langsung sekarang ini DIMONOPOLI oleh DAP dengan sekutunya sehinggakan anggota pakatan lain iaitu Pas dan Pkr sudah tidak mampu mengeluarkan kata-kata.
“DAP sudah mempergunakan kepentingan keseluruhan iaitu bukan hanya asas perpaduan dalam kesejahteraan rakyat diperlekehkan malahan mereka sanggup menangguk di air keruh dengan kononnya menjadi hero sedangkan realitinya merekalah gunting dalam lipatan.
“DAP bermain wayang dengan setiap anggotanya bermain peranan kononnya mahu mengutamakan rakyat tetapi sebaliknya mereka merendahkan martabat orang Melayu selain menafikan hak keistimewaan bumiputera dan menghina agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.
“Sanggupkah kita hanya duduk berdiam diri sedangkan diri kita ini ibarat diperhamba sewenang-wenangnya atas kepimpinan ala-ala kuku besi DAP. Atas kertas bersikap baik sedangkan apa yang diterjemahkan dalam realiti adalah sesuatu yang amat bertentangan dengan apa yang mereka lakukan,” katanya
Tegasnya lagi, pemimpin DAP bukan hanya mengambil kesempatan dengan mengaut segala macam perkara yang boleh memberi keuntungan pada mereka malah lebih dari itu, agama Islam juga turut dihina dan dipermainkan.
“Pemimpin-pemimpin DAP bukan hanya di Selangor tetapi di negeri-negeri lain juga mainkan peranan besar dalam usaha untuk mengaut kekayaan sehinggakan mereka langsung tidak memberi peluang kepada orang lain biarpun kontrak yang kecil untuk kelas F dan kuota bumiputera.
“Malangnya para pemimpin dalam pakatan pembangkang seperti lembu di cucuk hidung yang tak tahu nak bersuara, telinga dah jadi tuli dan ada mata pandang saja apa yang diperlakukan oleh pemimpin DAP termasuklah apabila ayat quran dan hadis dipersendakan.”
Dalam Sidang DUN Selangor baru-baru ini, Satim telah dihalau keluar kerana menegur perbuatan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang mahu membacakan sebuah hadis.
“Ini juga satu lagi taktik DAP untuk menunjukkan kononnya parti anti Negara Islam itu sedang berusaha merapatkan diri mereka dengan umat Islam sedangkan kita tidak boleh biarkan sesiapa sahaja sesuka hati menggunakan hadis untuk menguatkan hujahnya apatah lagi oleh orang kafir. Sudah banyak tempat dan majlis, ayat al-Quran dan hadis dipermainkan oleh DAP dan ini tidak boleh dijadikan sebagai satu budaya.
“Inilah demokrasi yang dibuat oleh pembangkang kerana belum berkuasa, kata demokrasi, hak kebebasan tetapi bila berkuasa semuanya ikut suka hati sendiri,” katanya lagi. – MediaUMNO

PEMBANGKANG SUKA CELUP... DARI SENTUH.

Apa saja BN/Kerajaan  – Pembangkang akan Tetap Membangkang ? Sebab mereka suka Kangkang !

Cadangan penggunaan sistem biometrik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika pilihan raya telah menimbulkan kecelaruan pendapat di kalangan parti pembangkang berhubung perkara berkenaan.
Datuk Ismail Kijo menyifatkan perkembangan mengenai cadangan itu membuktikan bahawa parti pembangkang tidak bersependapat mengenai perkara itu dalam usaha memperbaiki perjalanan pilihan raya di negara ini.
“Jika mereka benar-benar bekerjasama sebagai satu pasukan, sepatutnya mereka mempunyai kesepakatan dalam membuat apa jua keputusan, tetapi apa yang berlaku berlakunya ketidak sefahaman di kalangan mereka.
“DAP menyokong perkara itu mungkin melihat apa yang dicadangkan itu boleh menambah baik sistem pilihan raya berbanding dengan PKR dan Pas yang dilihat cuba mempolitikan perkara itu,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tiadanya kesepakatan di kalangan parti pembangkang berhubung cadangan penggunaan sistem biometrik ketika pilihan raya oleh SPR.
Ismail berkata, PKR dan Pas harus bersifat terbuka dalam perkara itu kerana apa yang ingin dilakukan oleh SPR masih di peringkat kajian dan tidak semestinya perkara itu akan terus dilaksanakan.
“Apa yang berlaku, Pas dan PKR nampaknya ingin mempolitikkan perkara itu untuk mendapat sokongan, walaupun penggunaan biometrik itu dilihat boleh menambahbaik sistem pilihan raya namun mereka nampaknya masih beria-ia mempertahankan cadangan yang dikemukakan menggunakan dakwat kekal.
“Benar seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) bahawa pembangkang berfikiran ortodoks, tidak ingin menerima pembaharuan sejajar dengan kemajuan dunia,” katanya.
PKR dan Pas tidak dapat menerima apa jua pembaharuan yang dibawa oleh kerajaan walaupun apa yang dilakukan itu adalah untuk rakyat.
“Dalam pemikiran mereka, apa yang dibuat oleh kerajaan semuanya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional dan UMNO, sebab itu mereka membantah apa sahaja yang kita lakukan walaupun untuk rakyat.
“Apakah kita ingin membiarkan negara kita terus ketinggalan, perubahan yang dibawa itu sebahagian dari usaha untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti, bukannya seperti PKR dan Pas yang dilihat ingin mengundur kebelakang mengamalkan cara lama,” katanya. -MediaUMNO

Wednesday, July 27, 2011

ALLAH HU AKBAR ! BERSATULAH SEBELUM BENCANA ALLAH

ALLAH YANG MAHA AGUNG MENASIHATI UMMAHNYA DENGAN KEADAAN NYATA:
SUPAYA UMMAHNYA BERSATU.


    

SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.

________________________________


MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.


SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Monday, July 25, 2011

AWAS ! .... HAMBA SURUHAN DAJAL

[Graduate.jpg]Di bawah ini adalah ciri-ciri hamba-hamba suruhan Dajal Laknatullah Al-Masih Al-Muntazhor, manusia berwatak syaitan yang menjalankan pelbagai fitnah di muka bumi.Di antara ciri-ciri yang ada pada diri seorang HAMBA SURUHAN DAJAL' adalah seperti berikut:


Ter'mindcontrol'

Hamba-hamba suruhan Dajal majoritinya telah dikawal mindanya.Sekurang-kurangnya mereka telah di'brainwash' kalau tidak dikenakan program mindcontrol yang lebih jauh.

Terdiri dari orang pintar dan berkedudukan

Jangan fikir hamba-hamba suruhan Dajal adalah orang-orang yang tiada kelulusan atau orang miskin yang tinggal di penempatan setinggan, tidak...tidak sama sekali.
HAMBA SURUHAN DAJAL ADALAH ORANG-ORANG PINTAR DAN BERKEDUDUKAN TINGGI.Genius,cendekiawan,ahli politik,ahli perniagaan,'top student',pemimpin-pemimpin kerajaan,para jeneral tentera,profesor,peneraju industri,doktor,saintis dan seterusnya... adalah orang-orang pilihan Dajal.Siapa yang nak tertarik dengan propaganda Dajal kalau 'frontman'nya adalah mat rempit yang ketagihan ganja?Fikir.Dajal Laknatullah adalah pakar dalam mengkomersilkan imejnya.


Menjadi anggota pertubuhan

Hamba-hamba Dajal ini majoritinya akan menganggotai! salah satu pertubuhan Dajal sama ada yang kecil atau yang besarSudah dijelaskan sebelum ini bahawa pertubuhan Dajal adalah terlalu banyak.Sudahlah banyak, bermacam-macam pulak tema pertubuhannya.Kebajikan,makanan,pelarian,buruh,kesihatan,pekerjaan,hak asasi wanita dan seterusnya...ini bertujuan untuk mengaburi mata dan fikiran awam.Menjadi anggota pertubuhan ini kadangkala satu imej yang prestij pula dikalangan hamba-hamba suruhan yang dungu ini.Contohnya seperti menjadi ahli kelab-kelab kebajikan Freemason (contoh Rotary Club) yang disifatkan kelab orang-orang berkedudukan tinggi dan 'gentleman'.Padahal mereka menjadi sebahagian perancangan 'Master of Puppet' yang mengawal kelab-kelab mereka.Kelab-kelab mereka menganjurkan kebajikan dan derma,tetapi para elit mereka yang duduk di atas merancang perang dan keganasan,membiakkan pornografi dan mengedar dadah.
[keanu-reeves-bi!g1.jpg]
Berpenampilan menarik dan kemas
Hamba-hamba suruhan Dajal kebanyakannya mempunyai rupa paras yang menarik,personaliti yang menghiburkan dan imej yang mantap.Mereka pandai 'menjual' diri di mana-mana saja.Percakapan mereka memukau dan pandai mengkomersilkan diri mereka sendiri.Mereka biasanya terdiri dari para pemimpin politik,peneraju industri (termasuk usahawan,ahli perniagaan,teknokrat),artis dan industri hiburan (penyanyi,pelakon,model) dan personaliti masyarakat (aktivis dan pejuang isu).
Inilah kriteria yang dimahukan oleh Dajal Laknatullah.Masyarakat awam mudah tertarik dan terpengaruh dengan orang-orang seperti ini berbanding orang-orang yang kurang menarik penampilannya (maaf,seperti orang yang cacat atau hodoh).Tetapi perlu diingat,selagi trend menginginkan begitu maka begitulah strategi Dajal.Mungkin di lain zaman masyarakat suka kepada yang hodoh-hodoh,maka tak mustahil Dajal Laknatullah akan menukar strategi.Dajal akan mengkaji trend yang berputar di kalangan masyarakat,kemudian dialah yang menja! di 'trendsetter'. 

'Multiracial'
Hamba-hamba suruhan Dajal adalah berbilang kaum,bangsa,agama dan datang dari pelbagai negara.Selagi seseorang itu dapat dipergunakan dan diperkotak-katikkan,maka dia layak menjadi hamba Dajal Laknatullah tidak kira dia dari bangsa apa atau negara mana.Dajal tidak bersikap rasis.Jangan bimbang.Jangan hairan bila seorang pegawai tentera China contohnya menganut faham Kabbalah dan mistik sesat.
Atau ahli politik dari Argentina suka membaca buku-buku okultisme Dajal dan menyembah Lucifer.Atau artis dari Brunei menganut fahaman Talmud dan 'illumination'.Dajal Laknatullah adalah SEORANG YANG BERSIFAT GLOBAL.Sebab itu dia mengasaskan faham GLOBALISASI dahulu.Jika ada bangsa yang akan menjadi superpower dan banyak kemahiran dan kebolehan,maka jaga-jaga!Bangsa itu akan menjadi sasaran Dajal untuk diperkudakan.Ini menjelaskan mengapa operasi Dajal banyak tertumpu pada sebelah Barat (pada masa kini kebijakan dan pengetahuan berputar-putar di san! a).Apa yang boleh diharap dari bangsa yang lembab dan pemalas?Dajal tidak akan membuang masa dengan mengambil kuli-kulinya dari bangsa yang lembab dan kurang cerdik ditambah dengan sikap malas dan bersikap 'cukup makan'.Sampai kiamat pun tak menjadi apa yang dirancangkan.Sebagai contoh dan pengetahuan tambahan,di dalam Al-Quran yang mulia telah banyak menggambarkan sifat-sifat bangsa.Kaum Nasrani telah digambarkan di dalam Al-Quran bahawa 'kaum yang pandai membuat barang-barang'.Yahudi pulak 'licik dan banyak tipu helah'.Nah!Siapa yang mendominasi industri dan pelbagai bidang pengetahuan dalam dunia hari ini kalau tidak orang-orang Kristian?
Siapa yang mendominasi wang dan bank-bank kalau tidak Yahudi?Sekarang ini kaum-kaum dari ras mongoloid (Cina,Jepun,Korea) pula sedang bangkit dalam banyak bidang.Nah!Dajal sudah lama nampak kenyataan itu dan sebab itu seorang yang terhormat dari kaum Cina diterima sebagai salah seorang dari 13 keturunan Illuminati,pertubuhan yang menjadi 'front' kepada komersil dan imej popular Dajal.Trilateral Commission pula dibentuk bagi mengimbangi kuasa Jepun.Bangsa Korea pulak dilaga-lagakan sehingga ramai yang mati dan menderita.Saudara sebangsa bermusuhan berpuluh-puluh tahun sehingga berpecah menjadi Korea Utara dan Korea Selatan walaupun mereka sebangsa!SEKARANG ANDA SUDAH NAMPAK PERANCANGAN DAJAL LAKNATULLAH INI?Jangan sangka anda dari bangsa yang bijak pandai dan cekap mencari harta dunia tapi sebenarnya andalah! yang Dajal Laknatullah cari-cari!Sesuai benar untuk dijadikan hamba suruhan,kuli dan pencacai pengangkat najis!!

Terdapat bangsa lain yang akan bangkit di masa depan.Tapi Tuhan sedang tidurkan bangsa itu.'Ditidurkan' dengan bermacam-macam elemen yang membuatkan Dajal Laknatullah tidak berminat dan berselera langsung nak mengacau bangsa ini.Tapi sejak kebelakangan ni Dajal makin sedar potensi bangsa ini.Keanehan dan misteri yang menyelubungi bangsa ini membuatkan Dajal kembali menyelongkar kitab-kitab lama,manuskrip kuno,perjanjian-perjanjian dan ramalan-ramalan tidak kira dari sumber non-Islam atau Islam (perlu diingat,Dajal memang mengkaji Al-Quran sebagai salah satu sumber rujukan dia dan dia amat menghormati al-Quran bukan sesetengah orang Islam yang tidak ambil peduli malah sanggup menghina AlQuran sampai tahap membakar dan memijak AlQuran).Tetapi ini kisah dan bab lain yang amat panjang untuk diceritakan di sini.


Dungu

Ya,hamba-hamba suruh! an Dajal memang bijak-bijak belaka tetapi
DUNGU.Sama ada ini kesan dari kaedah mindcontrol atau dia sendiri yang membingungkan dirinya sendiri.Dungu di sini bukan bermaksud tidak bijak,tetapi bermaksud tidak dapat melihat kebenaran yang tersembunyi,tidak dapat menganalisis dan mensintesis semua persoalan yang berputar di sekelilingnya.Mungkin dia sedar tapi cuba mencari-cari alasan lain untuk menutup keraguannya.Dia tidak mampu hendak membuat perbandingan dan tidak berupaya menjalankan kajian lanjut tentang 'anomalies' dan kepelikan yang dia sendiri sukar nak menjawabnya.Mungkin ini telah bertembung dengan sistem kepercayaan yang telah lama dianutnya,hasil dari pendidikan sistem Dajal secara langsung atau tidak langsung.Mereka memanglah ada di antaranya cendekiawan dan berkelulusan tinggi tapi minda mereka seakan-akan telah tertutup untuk menerima kebenaran.Ini adalah hasil da! ri 'mind split' (sila rujuk kaedah mindcontrol Projek Monarch) di mana individu ini pakar dalam sesuatu bidang tapi bodoh dalam bidang yang lain.Sudahlah begitu mereka ini pulak tidak mampu nak mengaplikasikan kepandaian mereka dalam mencari kebenaran dan erti kehidupan mereka sendiri.Sebab itu ada di antara mereka yang akhirnya membunuh diri dan ramai yang menghidap trauma dan masalah psikologi.

ADA DI ANTARA MEREKA INI ADALAH PEMIMPIN GERAKAN ISLAM.Ya,mereka ada yang menjadi pemimpin yang dilabelkan 'Islam'.Tetapi itu adalah imej sahaja.Padahal sebenarnya para pemimpinlah yang ramai menjadi 'pet' (haiwan peliharaan) Dajal tidak kira dia Islam atau tidak.Bagaimana seorang Islam menjadi kuli Dajal itu adalah perkara lain seterusnya.


Mudah dicucuk hidung ke sana sini

Mereka adalah bertaraf hamba.Seorang hamba suruhan tidak berhak mempersoalkan tuannya.Maka mereka tidak ada hak untuk memilih.Tuannya akan pilihkan untuk mereka.Tuan kepada hamba-ham! ba dungu ini,yakni Dajal Laknatullah akan memilihkan ideologi,istilah,terma dan tema,strategi,matlamat,objektif dan perancangan hatta makanan,pakaian dan agama sekalipun [jika Dajal memerintahkan berbogel mereka akan bertelanjang bulat,jika disuruh minum arak dan menikmati daging anjing dan babi pun mereka sanggup demi kebendaan materialistik (rujuk 'gunung roti dan sungai ' yang dikendong Dajal dalam hadis nabi) yang ditawarkan oleh Dajal yang semestinya kaya-raya melebihi bilionwan bertaraf Forbes].Mereka akan menyalak terpekik terlolong mengikut arahan Dajal.Mereka akan menari dan terhinggut-hinggut terlompat-lompat mengikut gendang dan irama yang dimainkan oleh Dajal Laknatullah.Ya,memang hairan sebab mereka sebahagian besarnya terdiri dari bijak pandai,tetapi sebenarnya mereka kosong jiwanya.Sebab itu mempunyai otak yang genius tidak cukup.Jiwa yang mantap dan rohani 'bijak' adalah amat-amat perlu untuk membaca semua muslihat Dajal Laknatullah.


'Liberal'!

Mereka adalah pendukung liberalisasi dan segala trend komersil Dajal.Liberal adalah falsafah Dajal Laknatullah.Maksud liberal yang paling mudah adalah "tidak terlampau mengikut prinsip anda dan sederhanakan ideologi anda".Nah!jika anda seorang Islam,jangan terlampau mengikut prinsip agama anda,relax man...sebab itu ada istilah 'Islam Liberal'.Maksudnya Islam yang telah 'disederhanakan' mengikut trend Dajal dan budaya popular kelolaan Dajal Laknatullah.Buang yang tidak perlu dan dianggap 'ekstrem' dan 'fundamental'.Dahulu orang Islam yang tidak memenuhi kriteria Dajal dicop 'fundamentalist' dalam media-media milik Dajal.Kini orang Islam dicop 'terrorist'.'Orang Islam' yang disayangi dan ditimang-timang Dajal adalah para Islam Liberal (tidak kira apa jua istilah mereka), modenis Islam,sekularis Islam dan apa jua label Dajal tapi dihujungnya ada perkataan 'Islam' hatta Nazi Islam dan Komunis Islam pun boleh jika mampu mendukung aspirasi Dajal.INILAH JAWAPAN B! AGAIMANA SEORANG ISLAM MENJADI HAMBA PENCACAI DAJAL LAKNATULLAH.


'Trendy'
Mempunyai sikap (attitude) 'trendy' adalah ciri-ciri hamba-hamba suruhan Dajal.Trend adalah rahsia operasi Dajal.Pada zaman kuno,ajaran mistik dan pagan menjadi trend masyarakat dunia.Di sana sini,manusia mendirikan kultus-kultus memuja dewa-dewi mereka.Sihir adalah ilmu yang dihormati sebab itu para tukang sihir menjawat jawatan eksekutif dalam pentadbiran Firaun Mesir dan Babilon Kuno.Oleh itu para kuli pencacai Dajal di masa itu adalah terdiri dari tukang-tukang sihir berkemahiran tinggi dan mempunyai kelulusan dalam bidang sihir,astrologi,mistik sesat dan pengetahuan paganisme yang diiktiraf oleh Dajal Laknatullah.Mereka inilah menjadi 'runner' dalam masyarakat ketika itu.Paganisme,animisme (kepercayaan menyembah alam semulajadi),ajaran dewa-dewi telah mendominasi trend dunia ketika itu.Kini apabila tahap kesedaran manusia makin tinggi,Dajal juga mengubah modus operandiny! a.Tabiat manusia pada masa kini makin terpelajar,jadi Dajal telah mencipta pelbagai ideologi yang mencabar akademik manusia.Komunisme,Fasisme,Kapitalisme,Liberalisme dan isme-isme lainnya diciptakan oleh Dajal bagi memporak-perandakan sistem pemikiran manusia.Masyarakat boleh memilih salah satu ideologi ciptaan Dajal ini tapi tidak sesekali Islam.Islam di luar senarai dan selamanya tidak akan masuk carta 'top 100' billboard Dajal Laknatullah.Jadi hamba-hamba suruhan Dajal ini amatlah bersikap trendy dengan trend yang berputar di dunia masa kini hatta jika suasana makin islamik sekalipun,Dajal selaku pakar manipulasi situasi akan melantik hamba-hamba suruhannya yang berperawakan alim,pejuang Islam,sederhana dan cintakan kedamaian kononnya padahal mengikut telunjuk Barat dan tidak ada rasa sensitif pun dengan isu-isu berkaitan Islam dan umat Islam.Bersikap 'trendy' ini bukan semata-mata pakaian dan fesyen tetapi ideologi sekali.


Kepercayaan

Hamba-hamba s! uruhan Dajal pada dasarnya menganut pelbagai kepercayaan.Ada yang Kristian,Buddha,Yahudi hatta Islam sekalipun.Tetapi itu adalah asasnya sahaja.Asasnya sahaja di mana yang paling penting akhir dari tugas-tugas mereka akan mendukung agama menyembah Iblis dan syaitan.Dalam sistem kepercayaan juga Dajal telah membangunkan hierarki:

-Para kuli bawahan terdiri dari pelbagai anutan agama termasuk Islam,kuli jenis ini memang menganut agama mereka masing-masing tetapi secara sedar atau tidak mereka menjalankan kerja-kerja kotor bagi pihak Dajal Laknatullah.Orang Islam yang dungu layak pada peringkat ini.

-Para kuli pertengahan,mereka juga menganut kepercayaan masing-masing tetapi dicampur aduk dengan pelbagai ajaran pagan dan mistik sesat yang tidak ketahuan punca.Mereka pada peringkat ini berkeupayaan membuang mana-mana prinsip agama asal mereka yang dirasakan tidak sesuai dengan trend Dajal Laknatullah.

-Para kuli peringkat tinggi,pada peringkat ini mereka mula ! mengamalkan sihir;ciri penting agama Iblis.Mereka memuja lambang-lambang suci dan 'magic'.Sacred Geometry dan Magic Number adalah asas kepada astrologi sesat yang dianut mereka.Sihir adalah tunjang kehidupan mereka.Ada sebahagian dari mereka masih berimejkan agama masing-masing atas tujuan tertentu.Tetapi hanya elemen-elemen sesat sahaja yang mereka kekalkan,elemen positif dan murni dari ajaran agama asal mereka selagi tidak selari dengan kehendak tuan mereka si Dajal Laknatullah,maka akan dicampak jauh-jauh.

-Para kuli tahap elit,pada tahap ini mereka menyembah Iblis sepenuhnya.Sihir hanyalah ilmu yang kecil sahaja pada tahap ini.Di sini mereka dikatakan menemui 'Illumination' (pencerahan).Mereka dapat berinteraksi dengan syaitan dan ya...tentu sekali dengan Dajal Laknatullah.Mereka akan diajar rahsia alam,asal-usul makhluk dan sejarah alam semesta (mengikut sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Iblis Laknatullah selaku Guru Utama bagi Dajal Laknatullah).Antara hasil! dari pelajaran (contoh yang popular) yang diterima oleh para pengikut tahap ini adalah kitab iblis Secret Doctrin oleh H.P Blatvasky dan ajaran Theosofi,ibu kepada gerakan New Age pada hari ini.

-Para kuli tahap 'Grand Illumination'-Ini adalah peringkat pembantu setia Dajal Laknatullah dan hampir-hampir kepada pertemuan dengan Iblis Laknatullah.Mereka ini akan diajar sukatan pelajaran yang berlainan dari yang diterima oleh para hamba peringkat bawah dari mereka.Setelah mendapat pengetahuan baru ini (Grand Illumination),maka pengetahuan 'illumination' yang diterima oleh hamba-hamba di bawah peringkat mereka hanyalah pembohongan semata-mata (hoax) dan menjadi gelak ketawa para kuli Dajal peringkat ini.PADA PERINGKAT INI BARULAH MEREKA TAHU MUSUH SEBENAR YANG PERLU MEREKA HAPUSKAN.Mereka juga belajar mengenai Tuhan yang mencipta Iblis dan Dajal sendiri,Tuhan yang mencipta alam semesta dan segala makhluk.DAN MISI MEREKA IALAH BERUSAHA UNTUK MENGALAHKAN TUHAN INI.Inilah mis! i terahsia yang paling penting.
INGAT,PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI MANUSIA BUKAN BERURUSAN DENGAN MANUSIA LAGI SEBAGAI MUSUHNYA,TETAPI IBLIS...

Melayu PASik menjadi Buta dan Pekak... kerana Paknik Ajis.


DAP mungkin boleh menang jika bertanding di kawasan Pas tetapi Pas belum tentu boleh menang sekiranya bertanding di kawasan DAP.
Mungkin ini gambaran yang cuba diberikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berhubung kerjasama pakatan pembangkang.
Menurutnya jika dinilai kerjasama yang dijalinkan Pas dan DAP memperlihatkan DAP hanya mempergunakan Pas untuk menarik sokongan orang Melayu sedangkan DAP tidak pernah menghormati Pas sebagai rakan kongsi.

“Pas hanya menjadi kuda tunggangan DAP hingga sanggup memberi sokongan membuta tuli dan sekiranya terus bersama parti itu dalam pakatan pembangkang.”, katanya.
Dalam pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, kata beliau penyokong Pas menyokong calon DAP yang bertanding di kawasan pekan sebaliknya calon Pas sendiri kalah di kawasan yang ditandingi.
“DAP mempergunakan Pas di merata-rata tempat yang mereka tandingi, Pas seharusnya sedar apa yang berlaku memandangkan Pas hanya diperkuda dan dipergunakan untuk kepentingan DAP supaya mereka menang di kawasan berkenaan.
“DAP tidak akan menang dengan mengharap undi pengundi Cina sebaliknya kemenangan mereka disebabkan calon DAP mendapat sokongan penyokong Pas, sebaliknya tiada sokongan daripada penyokong DAP terhadap calon Pas yang bertanding menyebabkan tiada satu kerusi pun dimenangi Pas”, katanya.
Justeru beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata berkata ada baiknya untuk Pas bermuhasabah dan menilai secara waras saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyarankan Pas keluar daripada pakatan pembangkang.
“Pas tidak sepatutnya meneruskan perjuangan bersama DAP jika agenda perjuangan mereka adalah untuk Islam kerana suatu ketika dahulu DAP pernah mengeluarkan kenyataan ‘langkah mayat mereka dahulu baru boleh tubuhkan kerajaan Islam’, namun Pas tetap berkawan baik dan cukup rapat dengan DAP.
“Kalau kita lihat kabinet bayangan di Sarawak baru-baru ini memperjelaskan lagi bahawa Pas hanyalah sekadar melukut di tepi gantang”, ujarnya.

Thursday, July 21, 2011

MENGATASI TOMAHAN dan FITNAH....Antara Berlian Termahal di Dunia ....harga US$ 10.8


Perhiasan cincin, terlebih berlian merupakan salah satu item fesyen yang banyak digemari perempuan.

Namun untuk mendapatkannya, tentu saja diperlukan biaya yang tidak sedikit. Seperti dikutip Luxedb, berikut beberapa cincin berlian termahal di dunia.

Berlian biru

Berlian seberat 6 karat itu berwarna biru dan berbentuk seperti tetesan air mata. Berlian yang ditaruh di atas cincin platinum tersebut dijual oleh Sotheby dengan harga US$ 7.9 juta.


Berlian berbentuk oval

Dengan harga US$ 4.2 juta , cincin yang bertahtakan berlian putih ini dijual oleh Christie dalam acara pelelangan 'Important Jewels Sale in New York'.

Berlian ini memiliki kejelasan (clarity) dan warna (color) E dan potongan (cut) oval yang membuat tampilannya ini semakin terlihat mempesona.

Berlian kuning 'Novo'

Membuat cincin ini berbeda adalah warna berliannya yang special. Cincin 'Novo' ini dihiasi oleh berlian berwarna kuning seberat 25,27 karat dan cincinya terbuat dari platinum.

Cincin berlian kuning 'Novo' dijual oleh merek perhiasan ternama, Tiffany dengan harga US$ 1.35 juta .

Berlian Elizabeth Tailor

Cincin ini dihiasi oleh berlian berbetuk bulat seberat 5,98 karat pada bagian tengah dan berlian 3,96 karat pada pinggirannya. Cincin milik mendiang Elizabeth Tailor ini bernilai US$ 1,3 juta  ini memang memiliki tampilan yang sangat luar biasa.

Berlian merah jambu

Cincin yang berhasil dijual oleh perusahaan pelelangan internasional, Christie di Hongkong dengan harga US$ 10.8 juta dinyatakan sebagai cincin berlian termahal di dunia.

Hal ini dikarenakan desainnya yang istimewa. Cincin tersebut bertahtakan berlian 5 karat berwarna merah muda dan dihiasi oleh berlian putih pada sisi kiri dan kanannya.

Wednesday, July 20, 2011

Satu Peringatan Kepada Orang Melayu Dan Islam

KUALA LUMPUR 19 Julai – Pemecatan Mohamed Razali Abdul Rahman sebagai ahli DAP  adalah satu peringatan kepada orang Melayu dan Islam bukan sahaja di Pulau Pinang malah di seluruh negara mengenai perancangan politik tersembunyi parti itu.
Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman menyifatkan apa yang berlaku membuktikan bahawa tiada tempat untuk orang Melayu dan Islam dalam DAP kerana perjuangan mereka sebenarnya lebih kepada perkauman.
“Mereka yang berada dalam pakatan pembangkang perlu kembali ke pangkal jalan sama ada dalam DAP, Pas atau PKR. Mereka harus keluar  dari pakatan pembangkang demi menjaga kedaulatan Melayu dan Islam.
Jawatankuasa Disiplin DAP yang memecat Razali sebagai ahli berikutan pendedahan yang dilakukan berhubung perjumpaan rahsia paderi-paderi di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Hafizah berkata, tindakan yang dilakukan oleh DAP terhadap Razali itu kerana mereka terasa tercabar kerana apa yang dilakukan telah dibongkar oleh ahli partinya sendiri yang tidak berpuas hati dengan apa yang cuba dilakukan oleh parti berkenaan.
“Pendedahan yang dilakukan oleh Razali itu perlu dijadikan ikhtibar betapa liciknya DAP yang kononnya mengatakan parti itu berjuang untuk semua tanpa mengira kaum dan agama tetapi melakukan sebaliknya secara rahsia.
“Apa yang berlaku itu adalah suatu hikmah kepada orang Melayu dan Islam di negara ini, mereka sering bercakap bahawa mereka memahami mengenai Islam sebab itu mereka boleh duduk bersama dengan Pas, sedangkan sebaliknya mereka merancang sesuatu seperti yang didedahkan oleh Razali,” katanya.
Beliau kesal dengan sikap  dan pendiriaan Pas mengenai perkara itu, sehingga kini tiada sebarang tindakan oleh parti itu mengenai perkara yang heboh seketika baru-baru ini, berbanding dengan DAP yang akan bersuara apabila membabitkan kepentingan orang bukan Islam seperti apa yang berlaku di Kedah baru-baru ini.
“Sepatutnya Pas harus mendapatkan penjelasan daripada DAP mengenai perkara ini, malangnya mereka mendiamkan diri seibu bahsa. Kita lihat apa yang berlaku di Kedah, Pas terpaksa tunduk dengan ugutan DAP.
“Mana perginya pemimpin-pemimpin Pas, mengapa mendiamkan diri, apakah mereka takut dengan DAP kerana khuatir tidak mendapat sokongan  dari parti itu,” katanya.
Hafizah berkata apa yang berlaku itu menunjukkan bahawa Pas kini sudah hilang taring dan hanya mampu mengikut telunjuk untuk kepentingan politiknya tanpa mempedulikan nasib bangsa dan agama.

Tuesday, July 19, 2011

PENDERHAKA KPD PEMIMPIN .... BOLEH DIHUKUM BUNUH.(Hadis Riwayat Muslim, 9/395, no. 3443)



Salah satu prinsip di dalam i’tiqad Ahli Sunnah wal-Jama’ah adalah mentaati dan menghormati pemimpin negara di mana dia duduk di bawah kepimpinan atau kekuasaan pemerintah tersebut. Ini adalah sebagaimana telah dijelaskan melalui beberapa tulisan sebelum ini.

Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk: 1 - Mentaati mereka dalam urusan kebaikan (ma’ruf), termasuk merealisasikan perintah mereka yang ma’ruf dan membantu mereka dalam urusan kebaikan yang diperlukan atau diperintahkan, 2 – Mengakui, menghormati, dan memuliakan kedudukan mereka sebagai pemimpin serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka, 3 - Tidak mentaati mereka dalam urusan atau perintah bermaksiat kepada Allah, 4 - Serta tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat kepembangkangan terhadap kepimpinan, dan tidak menghina atau mencela mereka (terutamanya di khalayak umum) walaupun mereka bertindak buruk dan zalim. Ini selagi mana mereka masih tetap menegakkan syi'ar-syi’ar solat dan tidak dilihat padanya kafir bawwaahan (kekafiran yang jelas tanpa dapat ditakwil). 5 - Membenci maksiat atau keburukan yang mereka lakukan dan mengingkarinya dengan cara nasihat dan kaedah-kaedah yang syar’i.

Tanda Taqwa
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَمَنْ يُطِعْ الْأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ يَعْصِ الْأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِي

“Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang taat kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/114, no. 2737. Muslim, 9/364, no. 3417)

Beliau juga bersabda:

أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وان كان عبدا حبشيا

“Aku wasiatkan kepada kamu semua supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, dan patuh serta taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi.” (Hadis Riwayat Ahmad, 28/373, no. 17144. Ad-Darimi, 1/57, no. 95. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth)

Dalam riwayat Imam Muslim, Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu menyebutkan:

إِنَّ خَلِيلِي أَوْصَانِي أَنْ أَسْمَعَ وَأُطِيعَ وَإِنْ كَانَ عَبْدًا مُجَدَّعَ الْأَطْرَافِ

“Sesungguhnya kekasihku (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) memberi wasiat kepadaku supaya patuh dan taat walaupun yang memimpin adalah seorang hamba yang cacat (hina).” (Hadis Riwayat Muslim, 9/367, no. 3420)

Kaedah asalnya, seorang hamba atau orang yang cacat tidak boleh dilantik menjadi pemimpin. Tetapi apabila ianya telah berlaku dengan sebab-sebab yang tertentu, maka ia tetap wajib ditaati dan diperakui kepimpinannya.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahawa mentaati pemimpin adalah salah satu sebab mendapat jaminan Syurga. Ini adalah sebagaimana kata beliau:

سمعت رسول الله وخطبنا في حجة الوداع، وهو على ناقته الجدعاء، فقال: أيها الناس. فقال رجل في آخر الناس: ما تقول أو ما تريد؟ فقال: ألا تسمعون: إنه لا نبِي بعدي، ولا أمة بعدكم، ألا فاعبدوا ربكم، وصلوا خمسكم، وصوموا شهركم، وأدوا زكاة أموالكم، طيبة بِها أنفسكم، وأطيعوا أمراءكم تدخلوا جنة ربكم

Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyampaikan khutbah pada haji al-Wida’ dalam keadaan baginda menunggang untanya yang kepenatan. Sabda beliau, “Wahai manusia!” Kemudian, seorang lelaki di belakang berkata, “Apakah yang engkau perkatakan atau mahukan?” Sabda Rasulullah, “Adakah kamu tidak mendengar, sesungguhnya tiada lagi nabi selepasku dan tiada lagi ummat selepas kamu. Ketahuilah, hendaklah kamu sentiasa mengabdikan diri kamu kepada Tuhan kamu, solatlah lima waktu, berpuasalah kamu pada bulannya, tunaikanlah zakat dengan harta kamu, berbuat baiklah terhadap diri kamu, dan taatilah pemimpin kamu, pasti kamu akan memasuki Syurga Tuhan.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 36/487, no. 22161. Tahqiq Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih berdasarkan syarat Imam Muslim. Diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi dan katanya hasan sahih)

Ahli Sunnah wal-Jama’ah bersepakat berkenaan kewajiban mentaati pemimpin dan pihak berkuasa. Mereka juga mewajibkan supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak pemimpin selagi mana ianya tidak bertentangan dengan dalil-dalil syara’. Ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

فلا طاعة في المعصية، إنَّما الطاعة في المعروف

“Janganlah kamu mentaati perkara-perkara maksiat. Ketaatan hanyalah dalam perkara yang ma’ruf.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/218, no. 6716)

Perkara ma’ruf di sini adalah merujuk kepada urusan yang bukan maksiat dan bukan kemungkaran. Sama ada ianya perkara yang diwajibkan agama, yang disunnahkan, ataupun yang diharuskan kerana maslahah tertentu. Jika masyarakat diperintahkan supaya melaksanakan perkara-perkara yang diharuskan (tidak dilarang agama), maka hukum mentaatinya menjadi wajib. Sebagai contoh, hukum mematuhi undang-undang jalan-raya yang digubal atas dasar maslahah bersama oleh pihak berkuasa adalah wajib selagi mana ianya bukan maksiat walaupun ianya tidak pernah diwajibkan oleh syara’ secara khusus. Begitu juga sekiranya pemerintah memerintahkan supaya meninggalkan perbuatan demonstrasi jalanan yang sedang hangat diperkatakan hari ini, maka rakyat wajib meninggalkannya. Lebih-lebih lagi perbuatan tersebut termasuk larangan dalam agama.

Kata Imam al-Mubarakfuri rahimahullah, “Apabila seseorang pemerintah memerintahkan sesuatu yang sunnah atau mubah (harus), maka hukumnya menjadi wajib.” (Tuhfatul Ahwadzi, 5/298)

Justifikasi perkara ini adalah bagi memastikan keamanan terjaga sekaligus mengelakkan suasana huru-hara tercetus. Sekiranya masyarakat msing-masing tidak mahu diatur dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pemerintah sebaliknya lebih suka bertindak sesuka hati, nescaya negara akan menjadi kacau-bilau dan kelam-kabut.

Ijma’ Ahli Sunnah wal-Jama’ah

Kesepakatan (ijma’) ahli sunnah wal-jama’ah dalam mentaati pemerintah antaranya disebutkan oleh Imam an-Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani. Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H), “Adapun keluar dari ketaatan terhadap pemerintah serta memerangi (atau membangkang kedudukan kepimpinan) mereka, maka hukumnya adalah haram berdasarkan kesepakatan (ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi fasiq.” (Syarah Shahih Muslim, 12/229)

“Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati pemerintah yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakkan (mutaghallib). Dan kita turut diwajibkan berjihad bersama-samanya. Ini kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila pemerintah melakukan kekafiran yang jelas nyata.” (Fathul Bari, 13/7)

Al-Kirmani berkata, “Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) bahawa penguasa yang telah terpilih (sebagai pemimpin) wajib ditaati selagi dia menegakkan solat berjama’ah dan jihad melainkan jika dia melakukan kekafiran yang nyata (murtad). Sehingga tidak ada lagi ketaatan kepadanya. Bahkan wajib memeranginya bagi orang yang mampu.” (Syarah Shahih al-Bukhari, 10/ 169)

Asy-Syarqawi berkata, “Larangan (keharaman) memerangi penguasa yang zalim dan fasiq diambil daripada ijma’ para ulama daripada para tabi’in.” (Hasyiyah asy-Syarqawi, 2/398)

Jauhi Sikap Suka Memberontak

Salah seorang ulama tertinggi anggota Majlis Fatwa ‘Arab Saudi, Syaikh Soleh as-Sadlan hafizahullah mengatakan, “Sebahagian daripada saudara kita menyangka perkara tersebut (pemberontakan) adalah suatu yang baik. Mereka menyangka bahawa yang dimaksudkan dengan sifat kepembangkangan (atau pemberontakan) itu adalah dengan senjata, padahal sebenarnya pemberontakan itu bukan semata-mata dengan senjata dan kekerasan, tetapi termasuk juga dengan lisan (kata-kata). Bahkan pemberontakan dengan lisan itu jauh lebih bahaya. Kerana pemberontakan dengan lisan itu adalah laluan (printis) kepada pemberontakan bersenjata. Kami katakan dengan penuh kejujuran kepada saudara-saudara kami yang terbakar emosinya, kami menganggap mereka berniat baik - insyaAllah. Namun, hendaklah mereka tidak terburu-buru dan menahan diri. Kerana sikap ekstream mereka tersebut hanya akan menumbuhkan kesan negatif dalam hati-hati mereka. Hati mereka sebenarnya kosong (dari nilai ilmu) dan hanya mengenal sentimen kemarahan. Tindakan mereka itu juga hanya akan membuka lebih banyak lagi pintu-pintu kejahatan untuk bertindak dengan cara yang batil.

Pemberontakan dengan kata-kata seperti melalui tulisan, ceramah, seminar, dan media massa yang mengandungi ciri-ciri menaikkan semangat membenci pemerintah adalah termasuk ke dalamnya. Aku memberi peringatan kepada semua dengan peringatan yang tegas. Aku katakan, lihatlah apa hasil yang diperolehi dari setiap tindakan tesebut, dan fikirlah faktor-faktor penyebab timbulnya fitnah ke atas negara-negara Islam. Apabila kita memahami perkara tersebut, maka akan kita ketahui bahawa pemberontakan dengan kata-kata dan media massa untuk menaikkan emosi masyarakat adalah punca pelbagai jenis fitnah (huru-hara).” (Madarikun Nazhar fi as-Siyasah, m/s. 306-307)

Syaikh ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri hafizahullah menegaskan, “Walau hanya sekadar melakukan provokasi (membangkitkan kebencian dan kemarahan) terhadap pemerintah umat Islam walaupun pemerintah tersebut fasiq, ia telah layak dilabel khawarij (pemberontak).” (Madarikun Nadzar fii as-Siyasah, m/s. 266)

Pembuat Huru-hara Boleh Dihukum
Berkenaan mereka yang bertindak memecah-belahkan kesatuan umat Islam yang telah memiliki pemimpin, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّهُ سَتَكُونُ هَنَاتٌ وَهَنَاتٌ فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يُفَرِّقَ أَمْرَ هَذِهِ الْأُمَّةِ وَهِيَ جَمِيعٌ فَاضْرِبُوهُ بِالسَّيْفِ كَائِنًا مَنْ كَانَ

“Sesungguhnya akan berlaku bencana dan malapetaka, maka sesiapa yang hendak memecah-belah urusan umat ini padahal umat tersebut telah bersatu, bunuhlah mereka dengan pedang walau siapapun orangnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/395, no. 3442)

Dalam riwayat yang lain disebutkan:

مَنْ أَتَاكُمْ وَأَمْرُكُمْ جَمِيعٌ عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ يُرِيدُ أَنْ يَشُقَّ عَصَاكُمْ أَوْ يُفَرِّقَ جَمَاعَتَكُمْ فَاقْتُلُوهُ

“Siapa sahaja yang datang kepada kamu sedangkan urusan kamu telah berada di tangan seorang pemimpin, kemudian dia bertindak menggugat kedudukan pemimpin kamu atau memecah-belahkan perpaduan di antara kamu, maka bunuhlah orang tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/395, no. 3443)

Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawa:

فيه الأمر بقتال من خرج على الإمام أو أراد تفريق كلمة المسلمين ونحو ذلك وينهى عن ذلك فإن لم ينته قوتل وإن لم يندفع شره إلا بقتله فقتل

“Di dalamnya terdapat perintah untuk membunuh orang yang keluar melakukan penentangan kepada seseorang pemimpin, atau hendak memecah-belah kesatuan (perpaduan) umat Islam dan selainnya. Orang tersebut hendaklah ditegah dari meneruskan perbuatannya, sekiranya ia tidak mahu menghentikannya maka hendaklah diperangi. Apabila kejahatannya tidak dapat dihalang melainkan dengan cara demikian, maka membunuhnya adalah perkara yang dihalalkan.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/241)

Demikianlah secara ringkas manhaj ahli sunnah wal-jama’ah dalam bermu’amalah dan mentaati pemerintah negara. – Wallau a’lam.

PAS JUAL AGAMA ... DEMI KUASA !

 


Pas Selangor menjadi pekak dan bisu dalam isu ADUN DAP kawasan Sekinchan, Ng Swee Lin yang mempersendakan dan mempermainkan hadis ketika berhujah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini sekali lagi membuktikan parti itu sanggup melakukan apa saja termasuk menjual agama demi kepentingan politik.
Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata inilah sebenarnya sikap Pas yang mengkaburkan mata pengundi Melayu dengan watak Islam yang dibawa oleh mereka sedangkan bila tiba untuk mempertahankan Agama Islam yang suci ini, mereka lebih rela berdiam diri.
Tegasnya Pas sanggup berdiam diri kerana takut kepada kuasa DAP yang mereka sendiri sedar parti itu memusuhi Islam secara terbuka.
“Sebab itu pemimpin DAP semakin berani mempermainkan hadis dan ayat al Quran. Inilah tanda-tanda akhir zaman yang mana orang-orang yang bukan ahli sesuatu perkara telah cuba untuk menguasai perkara tersebut untuk kepentingan peribadi.
“Yakinlah bala Allah SWT itu sangat hampir bila perkara seperti ini telah berlaku. Tapi kita yakin rakyat khususnya orang Melayu sedar bahawa Pas sedang menjual Islam untuk kepentingan politik mereka dan kita juga menyeru kepada rakyat bahawa PRU13 ini kita satukan tekad untuk menolak Parti yang bersekongkol untuk membinasakan Islam ini di dalam negara kita,” ujarnya kepada UMNO-Online ketika mengulas silap membisu kepimpinan Pas Selangor
Dalam masa yang sama, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdouz Megat Junid juga mempunyai pandangan sama, bahawa Pas adalah parti yang mementingkan kemenangan hingga sanggup permainkan agama demi keuntungan politik mereka.
“Pas sanggup kelu mendiamkan diri, membiarkan hadis dipergunakan oleh kafir laknat semata-mata untuk kekal berkuasa. Pas kini parti yang tiada prinsip, tiada asas perjuangan dan selain bersedia dicucuk hidung oleh “kekawan”mereka dalam pakatan pembangkang,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang. -MediaUMNO

Saturday, July 16, 2011

Kundy-Kutty BerSyit 2.0 ... Total Sebenar.

Jumlah Peserta Demo Haram BERSYIT 2.0


Updat 4:
Petikan dari University of Illinois crowd-guru Clark McPhail membayangkan seorang manusia boleh berdiri dengan selesa dalam kawasan 5sq ft. 5 sq ft ini adalah bersamaan dengan 0.46m persegi. Saya menggunakan 0.4m persegi, saiz kawasan yang lebih rendah dari pendapat Clark McPhail. 2.5 sq ft space adalah keadaan dimana setiap manusia dah tak boleh bergerak.

oleh itu, penggunaa 0.4m persegi adalah munasabah dan tepat.

Update 3
: satu lagi analysis yang menggunakan kaedah yg hampir sama: http://shuzheng.wordpress.com/2011/07/10/bersih-success-success-yes-of-course/
Update 2: saiz average untuk lelaki sederhana dari bahu ke bahu adalah lebih kurang 0.8m, dan saiz dari depan ke belakang adalah lebih kurang 0.5m. Oleh itu luas seorang lelaki berdiri adalah lebih kurang 0.4m persegi.

update : keluasan orang adalah 0.5meter persegi..

1. Pelbagai pihak memberi jumlah peserta demo yang berbeza-beza. Portal dan laman web pro-pembangkang memberi jumlah lebih kurang 50,000 orang. Malah ada yang mengatakan jumlah mencecah 100,000 orang.

2. Pihak media perdana pula memetik jumlah yang diberikan oleh pihak polis iaitu sekitar 6,000 orang.

3. Yang mana satu yang boleh dipercayai ? Mari kita buat sedikit analisis mudah. Saya memilih dua tempat utama iaitu di Puduraya dan di Menara Maybank. Di kedua-dua tempat ini, portal Malaysiakini menyatakan tidak kurang dari 10,000 orang. Ditempat-tempat lain, berdasarkan dari pernyataan kronologi Malaysiakini adalah sekitar diantara 500 hingga ke 2,000 orang.

4. Mari kita lihat puduraya. Gambar disebelah kiri adalah waktu paling ramai pendemo disitu. Berdasarkan banggunan di sekeliling, paparan dari Google Maps diambil untuk mengganggarkan jarak dan keluasan kawasan sekitar.




5. Jarak yang diberikan oleh Google Maps adalah lebih kurang 200m dan kelebaran jalanraya untuk kedua-dua hala adalah lebih kurang 8m. ini menjadikan keluasanya sekitar 1600m persegi.

6. Sekiranya seorang manusia mempunyai diameter keluasan 0.5m 0.4m persegi, maka keluasan kawasan tersebut boleh mengisi 4,000 orang secara padat. Ini bermakna tidak ada ruang kosong diantara mereka sehinggalah sepanjang 200m tersebut. (ini adalah worst case scenario).

7. Mari kita lihat di Menara Maybank pula.



8. Seperti biasa, berdasarkan banggunan di sekeliling, kita anggarkan kawasan pendemo berada dengan Google Maps.

9. Kawasan ini ditandakan dengan 4 segi untuk memudahkan pengiraan. Luas kawasan ini (berdasarkan google maps) adalah 3200m persegi).

10. seperti tadi, sekiranya seorang manusia mempunyai diameter keluasan 0.5m 0.4m persegi, maka seramai 8,000 orang boleh berada dalam kawasan ini secara padat (tanpa ruang kosong). Kita tahu pasti akan wujud ruang kosong, maka ini adalah juga worst case scenario.

11. Oleh itu, tanpa mengambil kira redundancy (kesemuanya orang yg berbeza), jumlahnya adalah 12,000 orang. Sekiranya, anggaran 50% orang yg berada di Puduraya adalah juga berada di Menara Maybank, maka jumlah di kedua-dua tempat ini adalah lebih kurang 6,000 orang.

12. sekiranya kita mengambil kira jumlah pendemo di beberapa kawasan lain... secara kasarnya jumlah peserta demo haram ini adalah dalam lingkungan 8,000 orang.

13. Nampaknya, pihak polis membuat anggaran yang hampir tepat.

14. Paling kelakar, adalah anggaran seperti 50,000 atau 100,000 orang.




Wednesday, July 13, 2011

Kafir DAPig guna Hadith.. Ular-mak PASif menjadi Pekak Badak?

Akan datang, apa agamamu... PASlah.
Pemimpin Pas yang kononnya melaung-laungkan kepimpinan Islamik menjadi bisu apabila sekutu mereka khususnya kalangan pimpinan DAP yang secara terang-terangan menghina Islam.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Muhammad Yusoff Hussein berkata apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam merupakan satu lagi detik hitam kepada Islam apabila bukan Islam sewenang-wenangnya cuba memetik hadis Nabi dalam hujah beliau.
Tegas beliau mereka yang membacakan hadis Nabi Muhammad s.a.w perlu beriman dengan kenabian dan bukannya sekadar membaca sahaja kerana itu adalah jelas satu perbuatan yang biadap dan penghinaan kepada Islam itu sendiri.
“Apakah pemimpin Pas yang melaung-laungkan mereka kalangan ulama sudah lupa atau demi kepentingan politik sanggup membiarkan perkara itu berlaku. Seingat saya ini bukanlah kali pertama pimpinan DAP melakukan perkara sedemikian rupa, malah beberapa kali termasuk membacakan ayat al-Quran.
“Bukankah Aqidah itu terbahagi kepada tiga iatu pertamanya Ketuhanan, keduanya Kenabian dan ketiganya Sami’yat. Justeru dalam konteks ini, mereka yang membacakan hadis Nabi itu perlu beriman dengan Nabi.
“Kalau tidak beriman dengan Nabi bagaimana mereka mahu percayakan hadis Nabi berkenaan. Beriman dahulu baru boleh baca hadis Nabi. Saya amat kesal dan sedih dengan perkara ini seolah-olah agama kita dipermainkan dengan sewenag-wenangnya,” katanya.
Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman semalam diarahkan keluar daripada sidang DUN Selangor setelah mempertikaikan tindakan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang dikatakan cuba mempersendakan Islam.
Beliau diarahkan keluar dari dewan kira-kira pukul 1.05 petang sehingga selesai sidang dewan hari ini oleh Speaker yang tidak berpuas hati dengan tindakannya menghalang Suee Lim daripada menyentuh soal agama ketika membahaskan Rang Undang-Undang Tambahan 2011.
Terdahulu, Suee Lim yang mahu membaca hadis sebagai hujah untuk menyokong perbahasannya telah ditegur oleh Mohamad Satim tentang status kesahihan, benar atau sebaliknya hadis yang mahu dibaca.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan hadis yang ingin dibacanya itu selain memberikan tindakannya mahu memetik sepotong hadis nabi atas alasan minatnya terhadap agama Islam.
Dr Yusof seterusnya menegaskan teguran beliau itu adalah untuk memastikan Islam terpelihara dan bukannya dijadaikan bahan mainan atau bahan politik untuk kepentingan sesetengah pihak.
“Kalau benar-benar minat masuklah Islam dan mendalami sepenuhnya dan bukannya sekadar membaca sepotong dua hadis Nabi. Kita juga khuatir hadis yang dipetik itu sama ada hadis daif atau sebaliknya. Jangan main petik sahaja.

Bangkitlah Bangsaku....!!!!!!!!!!!!!

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sedih apabila mendengar orang Melayu masih bercakap mengenai Ketuanan Melayu kerana beliau mahu kaum itu berdiri pada keupayaan diri mereka, bukannya hak istimewa diturunkan menerusi perlembagaan.
Malah bekas perdana menteri ini (gambar) juga kelihatan ‘keberatan’ apabila ada usaha mengaitkan DEB dengan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Menjawab soalan pada Kongres Profesor Kebangsaan di sini, kata Dr Mahathir, beberapa peruntukan dalam DEB seharusnya telah pun digugurkan.
“Berkenaan dengan (Artikel) 153, jika ia berkenaan dengan bahasa, agama dan kesemua itu, tidak mengapa, tetapi kita telah memperluaskan sehingga membabitkan DEB.
“Dan, beberapa aspek DEB seharusnya dimansuhkan sebaik sahaja mereka yang mendapat manfaat daripada DEB telah memperlihatkan keupayaan mereka,” katanya.
“Saya sangat sedih apabila saya mendengar orang Melayu bercakap mengenai Ketuanan Melayu,” katanya.
“Ternyata ada tanah simpanan Melayu sebab itu kita adalah tuan. Tetapi untuk hidup di (tanah) simpanan Melayu adalah satu penghinaan, sebab itu bermakna saya lemah, saya dilindungi di tanah sendiri. Ia bukan sesuatu yang harus dibanggakan,” katanya.
Dr Mahathir juga berkata orang Melayu seharusnya mempertingkatkan keupayaan mereka agar mereka tidak bergantung pada hak-hak istimewa.