Sunday, April 15, 2012

Pemimpin PKR biadab .... Anjing menyalak !


Senarai hitam pemimpin biadab ....Ini soal pemimpin biadap !

  • Mohd Yusof Muda ·  Top Commenter · Maktab Perguruan Sultan Idris
    Kalau betul kenalah siasatan, jangan sekadar terima kenyataan Dr Rahman saja. Dapatkan saksi-saksi lain dan apakah ucapan mereka yang dikatakan menghina itu. Tuduh-menuduh begini tidak berkesudahan bahkan menimbulkan fitnah pula sedangkan fitnah dilarang oleh Allah sebagaimana firmanNya bermaksud, "Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. [al Baqarah ayat 190-191]
    • Pribumi Melayu ·  Top Commenter · Sekolah mel;ayu Kampung Gajah Perak Tengah
      Harus diingat dan ditelit bahawa Dr Rahman Kadir bertugas di Majlis IOstiadat tersebut dan mengaku ada saksinya.Jadi memadailah pengakuannya. Tapi tak tahu pulah kerana Dr Rahman tidak memanggil anda sebagai saksinya.
    • Cerita Kedaikopii ·  Top Commenter
      'kami nak Deris natang'"...itulah penghinaan pemimpin2 Pakatan kpd Agong y disebutkan oleh Si Sohaimi ni...maka Pakatan pon telah menabalkan Sultan baru dan berarak ke istana(peristiwa di Kelantan)...inilah pengkhianatan terbesar geng2 pakatan...(hanya si buta sejarah) saja y tahu UMGOK mmg pertahankan hak raja2 melayu..huahauhaua
    • DzulSharif Dzul ·  Top Commenter · UKM, Bangi
      Cerita Kedaikopii Pemimpin umno, makin bengong!!!
  • Sayed Abdul Rahman ·  Top Commenter · UTM, UiTM
    Bagaimana pula jika yg melakukan pemimipin kerajaan. Bagaimana pula dgn Tun Mahathir yg telah melucutkan sebahagian kuasa Raja-Raja, Bagaimana Pula dgn UMNO kelantan yg pernah menabalkan Sepupu Raja Kelantan iaitu Ibrahim Putra, sebagai Sultan Kelantan yg baru sedangkan Sultan Ismail Petra masih bersemayam sebagai Sultan Kelantan pada masa itu, bagaimana pula Idris Jusoh dan UMNO besutnya yg memanggil Sultan Terengganu yg menjadi Agong pada masa tersebut sebagai 'Natang". Atau adakah sistem beraja di malaysia terletak dibawah yg lebih rendah dari UMNO. UMNO boleh menggunakan Raja-Raja bila perlu dan Menendang Raja bila tidak perlu. Tidakkah terfikir oleh kita-kita yg masih boleh berfikir, sebarang sikap kurang ajar rakyat pada hari ini terhadap kebawah Duli Raja-Raja sebenarnya UMNO sendiri yg memulainya dan menjadi Gurunya mengajar kpd rakyat Malaysia.Dgn isu-isu picisan seperti ini ada sahaja golongan UMNO sendiri yg ingin menjuarainya dgn berprasangka rakyat telah lupa akan kebiadapan pemimpin UMNO terhadap sistem beraja selama ini atau mungkin juga mereka-mereka ini terlampau naif dari segi sejarah.Melayu tidak mudah Lupa, hanya Mamak sahaja yg menyangka Melayu mudah lupa disebabkan sikap Melayu yg begitu tinggi budi dan toleransinya.
    • Shawn Abdullah ·  Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysia
      mahathir kurangkan kuasa raja2 kerana sygkan raja2. adakah kita yg hidup di abad 21 ingin mempunyai raja spt zaman hang tuah?
    • Khairul Ibz ·  Top Commenter · Buckinghamshire College of Higher Education UK
      kalau pemimpin umno kutuk tak apa saja..pi ra..
    • Sayed Abdul Rahman ·  Top Commenter · UTM, UiTM
      Shawn Abdullah , mengurangkan kuasa Raja juga mesti beradab, bukan seperti yg dilakukan oleh Tun Mahathir.Tun M, bukan shj berdosa pd Raja tapi juga pd UMNO. Kesemua Pemimpin UMNO yg berkaliber telah dipancungnya, yg tinggal hanyalah yg mengikut telunjuknya. Melalui kaedah ini lah Tun M yg dipuja oleh sebahagian org Melayu yg tertipu dgn semanagt Melayunya mengumpul kekayaan melalui anak-anaknya, proksinya seperti Halim Saad, Tajudin Ramli, Ananda, Robert Kuok, Vincent Tan, Eric Chia, dan ramai lagi mengaut ke kayaan negara. Tun M juga memastikan pucuk pimpinan yg ada pd hari ini mestilah yg lemah supaya dpt mengikut telunjuknya. Percayalah isu pelupusan Hutang Tajudin Ramli itu ada hubung kait dgn Mahathir.Justeru itu Mahathir cukup takut dgn sistem perundangan yg bebas kerana kesemua kesalahanya akan dibogelkan. Ramai rakyat Malaysia pd hari ini menentang BN semata-mata utk memastikan satu sistem keadilan yang bebas dan adil dapat ditubuhkan utk kepentingan generasi akan datang. Dan kita juga mengetahui kebenaranya bahawa pemimpin BN yg ada pd hari ini tidak mampu membebaskan dirinya dari Tun M dan juga tidak mampu melahirkan sistem Perundangan yg Adil, kerana mereka sendiri bukanlah pemimpin yg adil.Nasihat saya banyak membaca dan membuat rujukan, melihat sejarah UMNO terdahulu dan sejarah pejuang asli. Tak payah terikut dgn Trio T. Semua yg masak dgn UMNO tahu siapa mereka.Salam dari saya.
  • Mokhtar Petah ·  Top Commenter · Maahad asysyarif
    Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemimpin pembangkang yang berkelakuan biadab termasuk disenarai hitam Unit Protokol Jabatan Perdana Menteri daripada menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan, tegas Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.

    ----------------------------
    Setelah membaca berrita ini, saya ketawa sendirian; kalaulah Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahadan, hidup pada zaman Sultan Melaka, yang ada undang - undang 'pancung tak bertanya', maka beliau dan rakan - rakannylah yang menjadi tukang pancung.
    saya cuba mencari bahan sejarah Raja Melayu, agar dibaca dan diteliti dengan penuh khusuk dan seri akal oleh Sohaimi Shahadan dan para pengikutnya akan petikan dari buku ' Tuhfat Al Nafis, oleh: Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji:
    'Syahadan baginda Sultan Mahmud shah inilah Raja Melayu mula - mu...See More
    • Pribumi Melayu ·  Top Commenter · Sekolah mel;ayu Kampung Gajah Perak Tengah
      Mokhtar Petan g adalah juga tergolong daripada anti Institusi Raja,, sebab itu jadi penulis pun tidak sampai kemana pun dan berpolitik pun setengah tiang. Petang bercakap bohong saja.
    • Mokhtar Petah ·  Top Commenter · Maahad asysyarif
      Macam mana tuan tahu. Adakah tuan pernah termasuk dalam golongan mereka. Kata orang, pencuri sahaja yang tahu pencuri.Orang sering ke masjid sahaja tahu siapa imam masjid.
    • Khairul Ibz ·  Top Commenter · Buckinghamshire College of Higher Education UK
      Yang merosakkan negara ialah adanya pemimpin yang mengampu raja macam pemimpin2 UMNO..ingat di Terengganu, Kumpulan Idris Jusuh guna perkataan 'natang' sebab uianku Sultan pilih Mat Said jadi MB. kalau UMNO okay saja?Semua orang tahu UMNO pengkhianat raja terutama masa krisis 1990..orang kampung dan sabah sarawak saja tak tau..
  • Yang Reti Base ·  Top Commenter
    Kalau terbukti beberapa orang pemimpin pembangkang itu bersalah kerana menghina Sultan, termasuk Agong, saya mencadangkan hukuman buang negeri atau buang negara dikenakan ke atas mereka kerana menderhaka. Tetapi, kalau tiada bukti yang cukup, Dr Rahman Kadir barua UMNO itu wajib dihukum buang negeri juga kerana dialah yang sebenarnya menghina Sultan dan Agong.
    Walau bagaimanapun, bagi saya, memang Sultan (kecuali Terengganu) dan Agong merupakan manusia yang hina pada sisi Allah kerana membiarkan isteri masing-masing mempamerkan aurat mereka.
    Malang sungguh umat Islam Malaysia; ummulmukminin, dan Rosmah Mansor sebagai wanita pertama yang kedua-duanya boleh dikatakan sebagai ibu orang Islam Malaysia ingkar mematuhi perintah Allah supaya berpakaian menutup aurat. Susah sangat ke menutup aurat?
    • Shawn Abdullah ·  Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysia
      kalo ditakdirkan allah esok rosmah mansor pakai tudung, adakah sdr akan sokong umno? jawapannya kita sudah tahu. berhentilah menghina rosmah. hanya menambah dosa sahaja.
    • Jzies Ej ·  Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
      Shawn Abdullah iyer saudara... ramai org suka menghina dan memburukan je.... tp kurang yg membantu utk kearah kebaik agar sesuatu pekara itu bertukar dari nagetif kpd positif......
    • Khairul Ibz ·  Top Commenter · Buckinghamshire College of Higher Education UK
      Maksudnya disini bukan pakai tudung sebab dipaksa tapi dengan kesedaran dan ilmu.Dalam UMNO isu aurat, adalah isu sendiri.tiada perjuangan islam,itulah sebabnya pemimpinnya huru-hara..isu mendaulatkan islam bukan csetakat tudung..
  • Faiz Voo Fasirul ·  Top Commenter · Unittar/OUM
    pemimpin yang terbukti menghina sultan kat terengganu dah diambil tindakan ke?????inilah padahnya kalau pemimpin itu seorang kaki HANGGUK....bercakap macam orang pintar padahal diri tu punya ler BEBEI.....
    • Mzidee Bin Isa ·  Top Commenter
      BUAT ISU JEEE NIEEE... habuk pun tarak... sapa yg hina sultan..????
    • Yunus Abdullah ·  Top Commenter
      ambik aje lah tindakan apa bising2 buat apa puak2 n memang puak2 kurang hajar dari dulu lagi...tambah2 DAP memang tak suka raja2 pun..kalau kat Johor dah ke penampar tuanku dah...PKR dok bagi muka...belum lagi dapat putrajaya..tentu habis kuasa sultan dan raja2 jantas..inilah yg depa idam2 kan kot2 boleh jadi republik...senang depa kontrol org melayu..... tengok ajelah apa dah jadi kat org melayu....nak kentut pun tak boleh......tapi itu menteri KDN pun macam kedi..penakut nauzubilah..bodoh macam lembu.....asyik warning2...banggang punya menteri...bila gelak macam budak tak cukup akal.........
      • Ishak Ahmad ·  Top Commenter · Ilp
        Berkelakuan biadap bukan saja pemimpin pembangkang tetepi pemimpin BN pun sama juga dalam kontaks pembangkang di Malaysia hari ini BN juga adalah pembangkang ? dan akan TERUS jadi PEMBANGKANG INSYA`ALLAH !
        • DzulSharif Dzul ·  Top Commenter · UKM, Bangi
          Makin meluat aku tengok UMNO nih..bangang nak mamposss!!

          saja spin isu semata2 nak alih isu besar lain

          saat ni mula lah langau2 umno mula tunjuk taring...nak tunjuk hero..mana tau boleh jd calon!!

          bengong nak mampos umno!! cakap org tak de bukti terus percaya!!! bod


        Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahadan

        Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemimpin pembangkang yang berkelakuan biadab termasuk disenarai hitam Unit Protokol Jabatan Perdana Menteri daripada menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan, tegas Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.

        Beliau berkata, tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang didakwa mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Rabu lalu langsung tidak bertamadun dan kebudak-budakan.

        Sebagai seorang pemimpin, kata Sohaimi, mereka perlu menuntukkan sikap yang baik dengan menghormati institusi Raja Berperlembagaan, menjaga kelakuan dan kawal tingkah laku.

        “Mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dalam majlis itu kerana jika sikap mereka sebagai pemimpin memalukan, bagaimana pula sikap ahli mereka. Mereka seharusnya menghormati pemimpin negara dan tetamu yang hadir,” katanya, semalam.

        Beliau mengulas kenyataan Dr Rahman Kadir dalam sebuah blog yang mendakwa berada berhampiran beberapa Ahli Parlimen pembangkang sebelum mendengar perbualan­ mereka yang mempersendakan pemimpin negara dan raja-raja Melayu.

        Sohaimi yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Selayang berkata, ini bukan kali pertama pemimpin pembangkang berkelakuan biadab kepada sultan dan raja Melayu serta langsung tidak menghormati pemimpin negara.