Pas mahu MB sumpah laknat ....... Org gila tak mengaku dia gila !
Pimpinan Pas Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik tidak menolak kemungkinan mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melakukan sumpah laknat kerana melabel parti itu sebagai Parti Ajaran Sesat (P:Pas).

“Ini adalah salah satu kemungkinan untuk mengajak Ahmad Said melakukan sumpah laknat. Kita tidak mahu benda ini (tuduhan bahawa Pas ajaran sesat) kerana benda ini berat,” katanya semalam.

Bagaimanapun, Abu Bakar yang juga ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat tidak menolak bahawa kemungkinan tersebut tidak berlaku kerana mubahalah adalah sesuatu yang berat dan bukannya sumpah laknat sebagaimana dilakukan Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap majikannya yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Dalam kenyataannya, Menteri Besar Terengganu juga berkata, Pas yang patut bersumpah terlebih dahulu.

“Kenapa saya pula kena sumpah laknat? Mereka (Pas) yang sepatutnya sumpah dahulu. Setahu saya, sumpah laknat ini (dilakukan) jika kita buat sesuatu tetapi kita tidak mengaku,” tegas Ahmad.

“Tunggu dia buatlah, dulu (mereka) nak berdebat, (sekarang) kita ada orang yang dia nak berdebat. Berapa ramai orang yang dah termakan kata-kata mereka. Merekalah yang sepatutnya sumpah dulu, kenapa kita pula. 

“Macam Anwar Ibrahim, apabila dia dimalukan (kes liwat), sepatutnya dia yang perlu bersumpah. Pas perlu menyuruh Anwar dulu sumpah laknat, tapi dia (Pas) tak buat pun,” katanya.