Monday, April 09, 2012

Pakatan Beruk : Gila Kuasa !

Mansuh PTPTN jejaskan Melayu ......





Modal politik PKR : Cuba cetus isu penting menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 khususnya melibatkan kepentingan golongan muda dan pelajar.  
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau akan mengetuai satu sesi runding cara berkenaan PTPTN di sini, Selasa ini.
"Saya akan ketuai runding cara PTPTN dan pembiayaan pendidikan tinggi," kata beliau menerusi akaun Twitter malam tadi.
Rafizi menghantar empat mesej Twitter khusus berkenaan dengan sesi runding cara menyentuh isu PTPTN.
Usaha menghubungi Rafizi untuk mendapatkan penjelasan lanjut masih belum berhasil.

PTPTN








Mansuh PTPTN jejaskan Melayu

Pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti yang dirancang pihak pembangkang akan menyebabkan peluang pelajar di negara ini terutama membabitkan anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti terjejas.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana tempat yang disediakan di universiti-universiti awam adalah terhad sekali gus menyebabkan berlakunya persaingan amat sengit dalam kalangan pelajar.
Hakikatnya, beliau berkata, pengajian percuma di universiti hanya akan menyebabkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terpaksa ditutup kerana para pelajar lebih tertumpu kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Beliau berkata, ia berikutan para pelajar tidak lagi mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS kerana tiada pembiayaan.