Kerana Melayu .... duk sekandang dengan Dap babi ?
KUANTAN - Kira-kira 30 anggota kumpulan anti Lynas berkumpul sambil membawa sepanduk dan tiga keranda bertutup kain hitam di persimpangan masuk ke tapak kilang pemprosesan nadir bumi milik Lynas Corporation, Gebeng.
Protes secara aman bermula kira-kira jam 1.45 tengah hari itu diadakan sempena lawatan media jemputan khas Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) bagi mengikuti Taklimat Mingguan Media Lynas di tapak projek itu.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau 3.0, Dr Pua Kia Yaw berkata,
“Pendirian kita jelas dan tetap tidak berganjak untuk melihat projek ini dihentikan,” katanya.
“Keuntungan besar daripada projek ini tidak membawa sebarang makna kerana penduduk yang akan menjadi korban,” katanya.
Sementara itu, Naib Pengerusi Gabungan Henti Lynas (SLC), Sim Chon Siang berkata, pihaknya tidak akan berhenti mendesak kerajaan supaya menghentikan projek tersebut demi kepentingan penduduk Kuantan.
Menurutnya, demonstrasi aman yang berlangsung selama hampir dua jam itu bertujuan untuk menyatakan pandangan mereka menolak projek tersebut.
“Kita tetap menolak projek ini walaupun ada pihak tertentu mendakwa projek ini selamat,” katanya.