'Kuliah Dataran Merdeka'..... ??????
Di sebalik kempen menuntut agar dimansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pihak penganjur dan aktivis mahasiswa mengadakan siri kuliah percuma dengan menamakan Dataran Merdeka sebagai 'universiti'.
Keadaan itu berlarutan sehingga malam tadi - malam kelima aktivis mahasiswa berkhemah di Dataran Merdeka - sebahagian daripada kempen mereka membawa tuntutan itu.
Menurutnya, mahasiswa juga akan mengisi program dengan mengadakan ‘Universiti Dataran Merdeka’ yang terbuka kepada semua bagi membuktikan pendidikan percuma boleh dilaksanakan.
“Kita akan adakan kelas Bahasa Mandarin, Arab dan kelas lukisan, ia adalah sumbangan mahasiswa,” katanya.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya membenarkan dua khemah didirikan di kawasan diduduki sekumpulan mahasiswa di Dataran Merdeka, semalam.