Friday, April 06, 2012

Jantan atau Betina !


Mohon DNA pastikan jantina isteri ketiga  ?


4 TAHUN TIDUR SEKATIL ! Tak tahu jantan betina ?

Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 23 April ini keputusan permohonan seorang bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mendapatkan perintah agar isteri ketiganya menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi memastikan jantina sebenar wanita itu.

Bekas Dekan Penyelidikan & Inovasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Bahrom Sanugi, 61, membuat permohonan tersebut pada 18 Januari lalu selepas meragui jantina sebenar isterinya, Sri Wani Choo Abdullah yang merupakan seorang pengusaha pusat kecantikan.

Permohonan menjalani ujian DNA itu dibuat mengikut Seksyen 85 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.
Pasangan yang berkahwin di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2008, kini dalam proses untuk memfaraqkan perkahwinan tersebut.