Monday, November 28, 2011

PARTI UMNO BERTARAF GLOBAL !

Politik Moden Perlukan Interaksi ...........  Antara Kerajaan !

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Dunia politik moden memerlukan interaksi melangkaui hubungan rasmi barisan pemimpin kerajaan yang melibatkan tokoh-tokoh masyarakat, pemimpin politik dan media, kata Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
“Oleh sebab itu, kita perlu belajar dan berkongsi antara sama lain. Inilah sebab utama mengapa forum ini bertajuk “The Politics of Economic and Social Transformation in The Era of Global Crisis” (Transformasi Politik Ekonomi dan Sosial dalam Era Krisis Global).
“Forum ini pastinya akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk kita berinteraksi melangkaui daripada kebiasaan hubungan dua hala dan pelbagai hala kerajaan dengan kerajaan,” katanya dalam ucapan alu-aluannya pada forum antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucaptama forum itu.
Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata forum dua hari itu berfungsi sebagai landasan bagi para peserta untuk belajar daripada pengalaman satu sama lain dalam mengurus cabaran-cabaran di negara masing-masing.
Diharap para peserta bukan sahaja dapat mengenali satu sama lain tetapi turut membina dan menjalin hubungan lebih erat dengan pemimpin-pemimpin “di belakang tabir”, katanya.
Ahmad Shabery, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata UMNO percaya bahawa suatu pemerintahan yang baik bukanlah mengenai penguasaan tetapi bertanggungjawab untuk melaksanakan kemajuan, keamanan dan kebaikan bagi kepentingan rakyat.
Beliau berkata bagi memastikan UMNO kekal relevan, parti ini mestilah berupaya untuk mentransformasi dan menyuburkan pertubuhan itu.
“Kita mesta sentiasa mentransfromasi dan meremajakan diri untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang sentiasa berlaku dalam dunia politik domestik, antarabangsa, sosial dan ekonomi,” katanya.
Forum itu disertai 1,000 peserta antara lain meliputi wakil-wakil 29 parti dari 24 negara.

No comments: