Friday, November 11, 2011

TAHNIAH TS TSU KOON !

Tsu Koon sedia letak jawatan....... lagi cepat lagi bagus.


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, beliau sentiasa bersedia melepaskan jawatan itu bila-bila masa.
Katanya, beliau akan menyerahkan jawatan tersebut kepada sesiapa saja yang berkelayakan daripada mana-mana parti komponen.
''Sesiapa yang akan menjadi calon adalah isu lain, ini kerana pelantikan sebagai pengerusi tersebut adalah hak Pengerusi BN Malaysia.
''Jika ada keperluan untuk melakukan perkara tersebut, saya tidak menghadapi sebarang masalah," katanya ketika ditemui selepas menghadiri sesi dialog membincangkan isu perpaduan negara di sini, hari ini.
Dialog anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan Yayasan 1Malaysia itu dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif ISIS, Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin dan turut disertai Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Prof. Dr. Chandra Muzaffar.
Tsu Koon yang merupakan Presiden Parti Gerakan berkata, kesediaan untuk menyerahkan amanah dan tanggungjawab tersebut sudah bermula sejak mentadbir Pulau Pinang 21 tahun lalu lagi.
''Ketika mengambil alih Pulau Pinang pada 1990 dan menjadi Pengerusi BN, telah timbul khabar angin mengatakan saya tidak akan bertahan selama 100 hari kerana pada masa itu kemenangan BN terhadap DAP adalah tipis.
''Jadi sejak itu hingga sekarang saya sentiasa bersedia untuk melakukan perkara tersebut," ujarnya.

No comments: