Misi Kerajaan Selangor…
Pendedahan skandal salahlaku terbaru oleh Menteri Besar Selangor oleh YB Satim Diman telah memeranjatkan seluruh rakyat Selangor, apatah lagi disaat rakyat Selangor belum kebah berkabung atas kelemahan rejim Khalid mentadbir sejak 2008.
Budaya menghancurkan negeri termaju diMalaysia semakin jelas kelihatan, yang mungkin sebagai satu usaha untuk merealisasikan konsep “menghabiskan harta rampasan perang”.
Dari satu sudut, Khalid tidak boleh menafikan bahawa apa yang terjadi adalah hasil dari amalan kronisma dan salahguna kuasa untuk kepentingan tertentu.
Seperkara yang menjadi persoalan adalah tentang pengesahan lantikan Pengurus Besar, kerana kerana Enakmen PKNS 1964 sek 9(3) menyebut pegawai PKNS adalah kakitangan awam.
Kakitangan awam dinegara ini tertakluk kepada Perintah Am dan Pekeliling Perbendaharaan yang merangkumi tempoh waktu perlantikan, dan tatacara tugas serta tanggungjawab penjawat awam terbabit.
Adakah perlantikan Pengurus Besar PKNS boleh disifatkan sebagai tidak sah kerana melanggar enakmen serta pekeliling yang dinyatakan diatas?
Berdasarkan persoalan diatas, Khalid Ibrahim boleh disifatkan telah melangkaui batas undang-undang yang telah termaktub.
Seperti apa yang terjadi kepada isu perlantikan Datuk Khusrin, apa yang penulis dapat lihat ialah Khalid tidak merujuk kepada Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara bagi mendapat kelulusan mereka dalam soal pemberian gaji dan bonus yang tinggi kepada En. Othman Omar.
Penulis gusar kerana seolah-olah berlaku transaksi pengeluaran wang yang cuba“dihalalkan” hanya berdasarkan lantikan yang dibuat. Dan sudah tentu, dengan wang rakyat yang telah dikeluarkan ini, pihak berkenaan mempunyai motif tersendiri.
Mungkinkah En. Omar Osman sekadar proksi, yang diberikan “manis” dari hasil transaksi tersebut? Untuk apakah wang itu digunakan? Apakah untuk peribadi, atau membiayai program-program politik?
Apapun, penyelewengan yang terjadi ini membuktikan bahawa Khalid sememangnya menggunakan kuasanya untuk kepentingan peribadi, dan mengenepikan segala prosedur kerja yang telah ditetapkan untuk tujuan ketelusan dan mengelakkan salahguna kuasa kepada penjawat awam.
Ini adalah hasil dari slogan-slogan mereka, Mengkronikan Ekonomi Selangor dan Selangorku PUNYA!!
No comments:
Post a Comment