Friday, November 11, 2011

FUNGSI PKNS, DULU BANTU MELAYU KINI..... ?

Gaji Pengurus Besar PKNS dipertikai...................


Datuk Mohamad Satim Diman mempertikaikan pembayaran gaji dan bonus Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjumlah RM1.4 juta bagi tempoh dua tahun yang disifatkan melampau dan tidak masuk akal.
Beliau berkata, pembayaran bonus tersebut dilihat tidak wajar kerana ia seolah-olah menunjukkan pengurusan kewangan yang tidak terkawal berbanding prestasi PKNS yang dikatakan tidak begitu memberangsangkan sebelum ini.

Berdasarkan perangkaan 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus yang keseluruhannya berjumlah RM640,000, manakala pada tahun 2010 (RM760,000).
''Jadi, gaji dan bonus yang tercatat diterima oleh Pengurus Besar PKNS ialah sebanyak RM1.4 juta. 
Apakah ini menunjukkan satu pengurusan kewangan berhemah yang sebenar ditunjukkan oleh kerajaan negeri.
''Sebab itulah barangkali jawatan Pengurus Besar ini amat istimewa kerana jumlah itu jauh lebih besar daripada gaji yang diterima oleh Perdana Menteri mahu pun Menteri Besar sendiri," katanya kepada pemberita selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Selain bayaran gaji dan bonus yang tidak masuk akal, kerajaan negeri melalui PKNS juga gagal melaksanakan agenda sosial dengan mengadakan lebih banyak projek perumahan kos rendah dan sederhana di negeri ini meskipun dilihat sering kali mengaitkan dasar pentadbiran mereka dengan konsep kebajikan.
Sebaliknya PKNS lebih banyak menumpukan projek-projek mewah dan mampu mencapai keuntungan yang tinggi seperti projek Datum Jelatek di Pusat Bandar Keramat yang didakwa mungkin membolehkan bayaran bonus yang tinggi kepada kakitangan dan Pengurus Besar PKNS.
''Kalau dahulu ketika pentadbiran BN (Barisan Nasional) ada juga kita jalankan projek kos rendah dan sederhana untuk rakyat yang selaras dengan objektif PKNS untuk mewujudkan keseimbangan sosial," ujarnya.

Seorang yang sanggup menjadi Pak Angguk kepada kehendak DAPig, ini semua mengakibatkan melayu selangor akan terpinggir  suatu masa nanti. Sokong membawa rebah................

No comments: