Tuesday, November 29, 2011

Terima Kasih Allah !

Ramai Ulama Akan Sertai UMNO ......

mahathir wirid (foto minaq_jinggo)





PUTRAJAYA 23 Jun – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penyertaan ulama dalam UMNO bukan suatu yang baru kerana parti itu sentiasa mempunyai ramai golongan agama sejak dahulu lagi.
Justeru bekas Perdana Menteri berkata, desas-desus tentang kemungkinan bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin bersama puluhan lagi ulama muda menyertai UMNO dalam masa terdekat bukan satu usaha terbaru parti itu untuk menyaingi parti lain termasuk Pas.
Malah, kata beliau, para pengasas Pas sendiri merupakan tokoh ulama yang asalnya berada dalam UMNO tetapi kemudian keluar parti setelah kalah dalam pemilihan.
‘‘Saya tidak fikir begitu (usaha UMNO tarik penyertaan ulama) kerana UMNO sentiasa mempunyai ulama meskipun mereka tidak mempamerkan diri sebagai ulama.
‘‘Mereka itu (ulama UMNO) mempunyai ilmu mendalam dan mengamalkan ajaran agama serta memberikan pandangan agama tanpa mengira apa yang dilakukan oleh UMNO,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Pertandingan Projek Pendidikan Kebangsaan 2010 di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini hari ini.
Pertandingan anjuran YKP dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Oracle dan Kementerian Pelajaran itu menampilkan kajian, wawancara dan kaji selidik secara dalam talian melibatkan penyertaan para pelajar sekolah dari seluruh negara dengan tema ‘Pelajari daripada Sejarah dan Kepimpinan Negara’.
Hadir sama Pengarah Eksekutif YKP, Tan Sri Nik Mohamed Nik Yaacob.
Bekas Presiden UMNO itu diminta mengulas laporan media sejak Ahad lalu mengenai kemungkinan Asri bersama 100 lagi ulama termasuk golongan akademik menyertai UMNO Jumaat ini. – Utusan/MediaUMNO

No comments: