Apakah Pak Nik Lebih Tinggi Darjatnya....... Tahu Siapa Masuk Syurga dan Neraka?
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi cuba menonjolkan dirinya sebagai seorang yang mengetahui apa sahaja termasuk membabitkan perkara dosa dan pahala serta balasan bakal diterima ketika di akhirat nanti.
Ini menunjukkan Nik Aziz cuba memberitahu orang ramai bahawa beliau mempunyai kedudukan tinggi dan mungkin melebihi kedudukan Nabi berikutan kemampuannya mengetahui balasan bakal diterima oleh setiap manusia selepas mati.
Sedangkan kalangan ahli agama dan bijak pandai menyatakan bahawa Nabi sendiri tidak dapat menentukan apakah balasan bakal diterima oleh umatnya di akhirat, kecuali memgingatkan umatnya supaya mereka beramal dan mengikut segala perintah Allah supaya mendapat balasan di syurga.
Manakala bagi mereka yang ingkar serta melanggar perintah Allah, ia akan di tempatkan di dalam neraka, berbanding dengan Nik Aziz yang menyatakan bahawa segala usaha yang dilakukan oleh UMNO adalah sia- sia kerana tidak mendapat balasan baik kerana apa yang dilakukan itu melanggar syariat Islam.
"Apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO semuanya tidak mengikut syariat, semua perkara membabitkan UMNO, semuanya berdosa, tetapi jika Pas buat perkara yang sama boleh pula, ikut syariat dan tidak berdosa".
Nik Aziz yang menuduh perjuangan atau Gerak Kerja UMNO tidak selari dengan syariat Islam dan usaha menawan semula Kelantan daripada Pas adalah suatu sia-sia kerana tidak mendapat balasan baik di akhirat.
Begitu juga dengan fatwanya dahulu, bahawa kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC adalah suatu perbuatan yang berdosa kerana berbuat baik dan bekerjasama dengan orang kafir.
Tetapi apabila Pas melakukan perkara serupa dan bekerjasama dengan DAP menubuhkan pakatan pembangkang, ia tidak pula menjadi suatu kesalahan malah Nik Aziz mengatakan perkara itu dituntut oleh Islam.
No comments:
Post a Comment