"Wahai orang yang beriman, mengapa kamu perkatakan perkara yang kamu tidak buat. Besar sekali kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata apa yang kamu tidak buat” (As Saf 2-3)
Saya memang penyokong matlamat perjuangan PAS dan juga harakah harakah Islam yang lain.Ya itu untuk mendaulatkan Islam kembali di muka bumi Allah.Tetapi apa yang saya lihat PAS dalam perjuangan nya terlalu banyak menyimpang dari kehendak Islam itu sendiri.1.Imej Pas adalah sebuah parti yang konon nya berpendirian keras selama ini dengan imej keIslamannya. Apabila ia bermuafakat dengan PKR dan DAP sejak PRU 12 2008 atas nama Pakatan Rakyat, kita lihat bahawa Pas telah mengorbankan prinsip perjuangannya untuk menegakkan sebuah negara Islam. Bagaimana mungkin Pas mahu menegakkan kerajaan Islam sedangkan DAP bermatian-matian menentangnya.
2.Lucu tetapi mengecewakan kerana DAP yang sebelum ini musuh ketat PAS, dan menganggap DAP kafir harbi macam syaitan tiba tiba boleh tidur sebantal dan PAS pula sanggup menjadi pak turut kepada kerajaan DAP dan mengenepikan perjuangan Islam.Ada kah PAS gila kuasa, tidak apa jadi pak turut asalkan dapat memerintah, pada hal pemerintahan nya tidak mempunyai kuasa kerana kuasa sebenarnya adalah di tangan DAP?
3.Maka dengan itu PAS sudah tidak melaung laungkan tentang perlaksanaan Hudud lagi, PAS sudah tidak berbicara tentang penubuhan Negara Islam lagi.Walaupun di Masjid Masjid Ustaz Ustaz PAS masih bersyarah berapi api.Namun di luar dan di Parlimen PAS kini sepi (tidak cakap pasal Islam lagi.Kalau cakap agaknya kena jeling dengan Karpal The King).
4. Tiba tiba PAS hilang telur? Dengan orang Islam lantang melaung takbir tetapi depan DAP kecut perut.
5.Hingga kan orang kuat PAS sendiri ketika berbahas di dewan negeri Perak menafikan dan “tidak mengaku bahawa PAS hendak melaksanakan Negara Islam hinggakan menimbulkan kegerunan dikalangan umat Islam yang berada di situ pada ketika perbahasan tersebut….Gerun kerana orang kuat PAS ini telah mencabar dasar-dasar yang diperjuangkan oleh partinya sendiri.
6.Apabila Hadi Awang menulis buku mengenai Islam dan demokrasi, terbitan PTS Islamika, tahun 2007, Hadi Awang secara jelas menentang gerakan demokrasi ala barat, beliau dalam buku tersebut menyatakan:
“Demokrasi barat tidak terikat dengan agama dan akhlak menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu.”
7.Namun yang jelas PAS terlibat jauh dalam amalan demokrasi barat yang songsang.Agaknya oleh kerana sudah terlalu taksubnya dengan amalan demokrasi, mereka terlalu kerap melakukan perkara perkara yang bertentangan dengan Islam (tetapi dalam politik berdemokrasi ianya halal) saperti memaki hamun, memfitnah, membohong,mengumpat, mengeji, demi “survival” politik mereka. Malah dalam pentadbiran parti dan pemilihan pemimpin dalam Multamar parti PAS sendiri tidak menggunakan sistem Islam.Saperti dalam perlantikan pemimpin mereka tidak pun guna sistem syura.
8.PAS membisu apabila di Selangor seorang rakan exconya yang beragama kristian didapati telah bersekedudukan dengan ahli PR yang beragama Islam hingga akhirnya tersebar gambar separuh bogel.Exco ini mendapat sokongan moral pula dari Muslimah PAS.
9. PAS, parti orang Islam, sanggup berkawan dengan sesiapa saja untuk menumbangkan parti orang Islam yang terbesar ia itu UMNO.PAS kata mereka sanggup berkawan dengan syaitan sekali pun untuk mencapai cita cita nya. Begitulah PAS yang sanggup meletakkan maruah sesama manusia lebih hina dan terkutuk dari syaitan. Siapakah PAS yang berhak meletakkan maruah seorang manusia sedemikian rupa sedangkan Nabi tidak pernah menghina manusia ciptaan Allah dengan kejian yang sedemikian buruk.
10.Sebelum pilihanraya ke-12, Pas mengeksploitasikan isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam.
10.Pas berkata, orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam. “Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya,”.
Maka timbul tanda tanya yang tidak pernah Pas jawab: “Bagaimana pula kerjasama yang pernah terjalin antara Pas, Keadilan dan DAP sekarang ini? Dan bagaimana pula dengan usaha Pas sama ada di Kelantan atau Terengganu, yang begitu bersungguh-sungguh mahu mendapat sokongan dan kerjasama pengundi Cina? Adakah mereka kena “ masuk Islam “ barulah undi-undi meraka menjadi halal.Bagaimana dengan hadis ini,
السمع والطاعة على المرء المسلم فيما أحب وكره، ما لم يؤمر بمعصية، فإذا أمر بمعصية فلا سمع ولا طاعة“Wajib ke atas seorang muslim untuk dengar dan taat (kepada pemerintah) dalam perkara yang ia suka atau ia benci selama ia tidak disuruh melakukan maksiat. Namun bila dia disuruh melakukan maksiat, tidak harus lagi ia dengar dan taat”. (HR Abu Daud dari Abdullah bin Umar –radhiyallahu ‘anhu-).
11.Ketika berbaik dengan DAP, Pas tanpa segan silu sengaja melupakan tentang isu kafir yang dilemparkan kepada UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC.
12.PAS menjanjikan seseorang yang masuk Pas itu akan masuk syurga.Bagaimana pula dengan umat Islam yang lain yang tak berminat masuki politik. Adakah mereka dijanjikan neraka kerana tak masuk Pas. Adakah dengan mengundi Pas akan dapat tiket masuk ke syurga? Tiada siapa yang boleh memberi jawapan kecuali Tuhan Yang Maha Esa.
13.Sebenarnya, terdapat terlalu banyak kecelaruan dalam Pas. Selain fatwa politik yang dibawa, pemimpin parti itu telah banyak lupa apa yang dikata dan lakukan.
14 PAS memporak perandakan suasana dakwah Islamiah di Malaysia kerana lebih banyak memeningkan Umat dengan Fatwa Fatwa Politik mereka yang songsang.Mereka tidak menghormati Ulama Ulama di luar PAS, mereka sering merasakan mereka lebih ‘alim dalam segala hal.
15.PAS tak perjuangkan Islam tetapi pergunakan Islam untuk kepentingan politik mereka sahaja.
16. Jelas, Pas serampang dua mata. Di depan bukan Islam, Pas menonjolkan diri mereka sebagai parti yang liberal tetapi di kawasan pengundi Melayu, mereka menggunakan sentimen Islam untuk mengugut pengundi Melayu.
17.Keghairahan Pas untuk menubuhkan negara Islam kini tinggal kenangan.Di manakah jihad dan laungan Allahuakbar yang selama ini menjana kekuatan mereka? Pas kian lesu dan melembutkan perjuangan mereka dengan perkataan ‘negara kebajikan’.
Hilanglah ‘hudud’ dan hilanglah ‘Perjanjian Madinah’ yang diwar-warkan.
http://www.youtube.com/get_player
FatwaPAS macam mengkarung……… berubah ubah mengikut rentak politik mereka.
Prinsip Islam bagi Pas sudah diubah begitu jauh sehingga menjadikan mereka begitu taksub. Apa yang mereka lakukan semuanya dianggap betul dan baik biarpun terpaksa menjadi kuda yang ditunggang oleh orang bukan Islam.
No comments:
Post a Comment